• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: SUV Off-Road Jetour G700 Rasmi Diperkenal

#AutoShanghai2025: SUV Off-Road Jetour G700 Rasmi Diperkenal

April 29, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JETOUR G700 menjadi antara topik perbincangan menarik dalam kalangan peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas model itu membuat kemunculan di China sejak awal tahun ini.

Namun, Jetour membuat debut global rasmi sempena pameran Auto Shanghai 2025, sehari selepas mempamerkan model sama di satu acara makan malam khas di sebuah hotel di Shanghai, China.

Di Auto Shanghai 2025, Jetpur melakukan perasmian global model Jetour G700 yang berkongsi pentas sama dengan G900 di depan barisan media dan tetamu global. Kedua-dua model dibangunkan berasaskan platform GAIA.

Platform itu membolehkan SUV berkenaan menggunakan pelbagai jenis trenkuasa, misalnya hibrid plug-in (PHEV), dijana enjin 2.0L turbo dengan tambahan dwi-unit motor elektrik yang dihubungkan kepada transmisi hibrid (DHT) 2-kelajuan. Output kuasa mencatatkan angka 760hp dan tork 795Nm.

Sistem PHEV dibina atas arkitektur 800v, tetapi belum ada maklumat mengenai kapasiti, manakala tempoh pengecasan 20-80 peratus mengambil masa sekitar 10 minit.

Selain itu, ada laporan menyatakan SUV itu juga memiliki trenkuasa lain seperti Range Extender (Ekstender Jarak) yang menggunakan enjin 4-silinder 2.0L sebagai generator untuk mengecas bateri dan aliran kuasa bateri akan disalurkan ke empat unit motor elektrik yang menggerakkan roda.

Khabarnya, setiap unit motor elektrik itu memiliki kuasa 408hp. Turut dilaporkan, Jetour G700 berupaya mencapai jarak pemanduan hingga 1,400km. Jika memandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, SUV itu boleh dipandu sejauh 140km.

SUV sepanjang 5,00mm itu juga boleh dinaikkan jarak tinggi bumi dari 150mm kepada maksimum 350mm, termasuk memiliki keupayaan tunda hingga 3.5 tan. Malah, SUV tersebut mampu meredah kedalaman air setinggi 900mm.

Khabarnya model ini akan memasuki pasaran China suku ketiga tahun ini sebelum menyusul kepada pasaran Timur Tengah pada suku keempat 2025. Setakat ini, aspek teknikal rasmi masih belum didedahkan.

JETOUR G700 - 1
JETOUR G700 - 2
JETOUR G700 - 4
JETOUR G700 - 5
JETOUR G700 - 6
JETOUR G700 - 10
JETOUR G700 - 11
JETOUR G700 - 1
JETOUR G700 - 2
JETOUR G700 - 3
JETOUR G700 - 4
JETOUR G700 - 5
JETOUR G700 - 6
JETOUR G700 - 7
JETOUR G700 - 8
JETOUR G700 - 9
JETOUR G700 - 10
JETOUR G700 - 11
JETOUR G700 - 12
JETOUR G700 - 13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, autoshanghai 2025, Jetour, Jetour G700, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev