• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: Omoda C7 PHEV Lancar Secara Global dengan Unit Infotainmen Boleh Gerak!

#AutoShanghai2025: Omoda C7 PHEV Lancar Secara Global dengan Unit Infotainmen Boleh Gerak!

April 29, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


OMODA Jaecoo melakukan pelancaran global kenderaan utiliti sukan (SUV) 5-kerusi baharu, Omoda C7 (Omoda 7) di pameran Auto Shanghai 2025.

Model segmen-C itu mempunyai saiz lebih besar berbanding Omoda 5, dan jika dilancarkan di Malaysia akan berada di bawah Jaecoo sebagai adik kepada Jaecoo Omoda C9.

Trenkuasa menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) dengan gabungan enjin petrol 1.5L turbo dan motor elektrik yang boleh menghasilkan output kuasa 156ps dan tork 220Nm serta dilengkapi sistem hibrid Super Hybrid System (SHS), sama seperti Jaecoo J7 PHEV yang dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia.

Jarak perjalanan mampu mencapai jarak keseluruhan hingga 1,200km, manakala pemanduan elektrik sahaja sejauh 95km. Penggunaan petrol adalah sekitar 4.89 liter per 100km dalam mod hibrid.

Luaran

  • Memiliki dimensi panjang 4,621mm, lebar 1,872mm, dan tinggi 1,673mm, manakala jarak roda 2,700mm.
  • Mempunyai jarak roda lebih panjang daripada Omoda 5 dan menjadi pesaing baharu untuk Honda CR-V dan Proton X70.
  • Lampu belakang berbentuk unik seakan petir, dipanggil 'Electric Energy'.

Dalaman

  • Dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh 15.6 inci yang boleh dileret dari tengah ke bahagian penumpang depan.
  • Sistem audio Sony dengan 12+2 pembesar suara.
  • Stereng dan kerusi jenis semi buket dengan rekaan gaming style.
  • Dilengkapi 18 sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), dan sistem brek elektronik (brake-by-wire).

Omoda C7 ini sesuai buat mereka yang mahukan SUV bergaya moden, berteknologi tinggi, dan menawarkan penjimatan bahan api.

Omoda-Jaecoo-C7-6
omoda-c7
Omoda-Jaecoo-C7-1
Omoda-Jaecoo-C7-2
Omoda-Jaecoo-C7-3
Omoda-Jaecoo-C7-21
Omoda-Jaecoo-C7-14
Omoda-Jaecoo-C7-15
Omoda-Jaecoo-C7-16
Omoda-Jaecoo-C7-11
Omoda-Jaecoo-C7-12
Omoda-Jaecoo-C7-5
Omoda-Jaecoo-C7-7
Omoda-Jaecoo-C7-4
Omoda-Jaecoo-C7-8
Omoda-Jaecoo-C7-9
Omoda-Jaecoo-C7-10
Omoda-Jaecoo-C7-13
Omoda-Jaecoo-C7-17
Omoda-Jaecoo-C7-18
Omoda-Jaecoo-C7-19
Omoda-Jaecoo-C7-20

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, Chery Omoda C7 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Omoda | Jaecoo, Omoda C7, Roda4, SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev