OMODA Jaecoo kini melancarkan secara global kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover 5-kerusi baharu iaitu Omoda C7 (Omoda 7) di Pameran Auto Shanghai 2025.
Model ini merupakan segmen pertengahan dan mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Omoda 5, jika model ini dilancarkan di Malaysia ia akan berada di bawah Jaecoo sekaligus menjadi adik kepada Jaecoo Omoda C9.
Darisegi trenkuasa, ia menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) dengan gabungan enjin petrol 1.5L turbo dan motor elektrik yang boleh menghasilkan 156PS dan tork 220Nm. Malah, ia juga dilengkapi Super Hybrid System (SHS) sama seperti Jaecoo J7 PHEV yang dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia.
Untuk jarak perjalanan pula ia mampu mencapai jarak keseluruhan sehingga 1,200km, manakala untuk pemanduan elektrik sahaja adalah 95km. Penggunaan bahan api untuk model ini adalah sekitar 4.89L/100km dalam mod hibrid.
Bahagian Luaran
- Dimensi keseluruhan: panjang 4,621mm, lebar 1,872mm, tinggi 1,673mm, dan jarak roda 2,700mm.
- Mempunyai jarak lebih besar daripada Omoda 5 dan menjadi pesaing baharu untuk Honda CR-V dan Proton X70.
- Lampu belakang juga berbentuk unik seakan-akan bentuk petir yang dikenali sebagai 'Electric Energy'
Bahagian Dalaman
- Dilengkapi skrin infotainmen 15.6 inci yang boleh diluncur dari tengah ke bahagian penumpang depan.
- Sistem audio daripada Sony dengan 12+2 pembesar suara.
- Stereng dan kerusi jenis semi-bucket yang mempunyai rekabentuk gaming style.
- Dilengkapi dengan 18 sistem bantuan pemandu ADAS termasuk kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong, brek kecemasan automatik, dan sistem brek secara elektronik (brake-by-wire).
Secara kesimpulan, Omoda C7 ini sesuai untuk seseorang yang inginkan model SUV dengan gaya moden, bergaya, berteknologi tinggi, dan mempunyai penjimatan bahan api.
Leave a Reply