Selain Tiggo 8 dan Tiggo 7, Chery juga melengkapkan Sistem Hybrid Chery (Chery Hybrid System, CHS) untuk Chery Tiggo 9 di pameran Auto Shanghai 2025.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini menawarkan gabungan prestasi tinggi, kecekapan bahan api, dan teknologi canggih dalam satu pakej mewah. Model ini dijana enjin petrol 2.0L turbo yang menghasilkan output kuasa 238ps dan tork 385Nm.
Sama seperti model Tiggo lain, Chery Tiggo 9 CHS PHEV juga dipadankan transmisi hibrid khusus Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang memberikan kuasa tambahan 224hp daripada motor elektrik dengan output kuasa gabungan 381hp dan tork 610Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 8.8 saat.
Jarak pemanduan gabungan enjin petrol dan motor elektrik mampu mencapai jarak perjalanan lebih 1,400km (mengikut ujian CLTC), sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai masalah kehabisan bahan api.
Rekabentuk luaran Chery Tiggo 9 CHS PHEV menampilkan gril oktagon menonjol, garis badan dinamik, dan rim multispoke 20 inci yang mencerminkan konsep 'Conguer' dan 'Guard'.
Ruang kabin dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh definisi tinggi (HD) 15.6 inci, konsol multifungsi yang disepadu, dan kerusi dengan kemasan jahitan 3D untuk keselesaan maksimum.
Jika dilancarkan di Malaysia kelas, model ini kemungkinan dipasarkan sebagai Jaecoo J8 versi facelift untuk pasaran tempatan.
Leave a Reply