CHERY kini melancarkan trak pikap pertamanya yang dikenali sebagai Chery HIMLA secara global di Pameran Auto Shanghai 2025 baru-baru ini.
Lebih menarik lagi, trak pikap ini akan didatangkan dengan empat pilihan trenkuasa seperti diesel, petrol, plug-in hibrid (PHEV), dan elektrik sepenuhnya (EV).
Berikut perincian untuk setiap trenkuasa tersebut:
- 2.3 turbo diesel yang mampu menjana 180hp dan 400Nm.
- 2.4 turbo petrol dengan hp sama namun tork rendah sedikit iaitu 230Nm.
- Menggunakan trenkuasa hibrid atau PHEV yang dikuasakan oleh Chery Super Hybrid (CSH).
- EV (belum ada perincian lengkap)
Untuk pasaran eksport, model ini akan dipasarkan di negara-negara yang mempunyai permintaan trak pikap yang tinggi seperti di negara-negara Timur Tengah, manakala untuk pasaran Asean juga masih dalam perancangan namun perlu menunggu versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
Chery turut memperkenalkan pakej camping untuk model ini dan untuk pakej ini berkemungkinan akan dilancarkan pada pertengahan Ogos tahun ini.
Berikut aksesori yang tersedia untuk pakej camping ini:
- Spotlight
- Rooftop tank elektrik power
- Tangki air 50L
- Roof rack
- Sport bar
- Tangga
- Kanopi
- Bbq set boleh lipat
- Kerusi dan meja lipat
Darisegi rekabentuk asas pula, model ini mempunyai logo Chery yang besar pada bahagian depan dan belakang, lampu utama bertingkat, dan bampar bawah berwarna hitam dengan kemasan krom pada bahagian depan. Untuk pakej camping mempunyai ciri tambahan seperti pemijak sisi automatik untuk memudahkan orang yang berusia naik trak pikap ini.
Untuk bahagian dalaman pula dilengkapi skrin infotainmen jenis terapung, bahagian konsol tengah dilengkapi butang-butang pelbagai fungsi, dan kombinasi warna dalaman iaitu hitam dan krim seakan-akan warna pasir yang sesuai dengan gambaran perjalanan off-road.
Jika trak pikap ini dilamcarkan di pasaran Asean, model ini akan menjadi pesaing utama bagi model BYD Shark 6 PHEV dan di Malaysia, ia akan menjadi pesaing baru bagi trak-trak pikap famous seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Ford Ranger, dan lain-lain lagi.
Chery HIMLA
Chery HIMLA Pakej Camping
Leave a Reply