• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Audi Sekali Lagi Kantoi Menipu Ujian Emisi Diesel

Audi Sekali Lagi Kantoi Menipu Ujian Emisi Diesel

July 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Kementerian Pengangkutan Jerman (BMVI) baru saja membongkar penipuan Audi dalam perisian emisi karbon untuk salah satu model Audi V6 diesel.

Audi didapati menggunakan perisian khas yang dapat mengubah operasi enjin ketika kenderaan sedang menjalani ujian. Enjin kereta ujian itu kemudian akan menghasilkan kadar emisi yang lebih rendah berbanding model sebenar pasaran massa.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta

Isunya, enjin itu ialah 3.0L turbo V6 diesel yang juga turut dipakai pada model Audi lain seperti A4, Q7, A6, dan A8, termasuk model Volkswagen seperti Phaeton dan Touareg serta Porsche menerusi Cayenne.

Ini bermakna Volkswagen sudah menggunakan peranti tersebut hingga 2018, atau lebih dua tahun selepas pengeluar itu didapati bersalah dalam skandal 'Dieselgate'.

Susulan itu, BMVI memaksa Audi memanggil balik semua kenderaan terjejas seluruh Jerman yang mana dianggarkan sebanyak 200,000 unit supaya perisian haram tersebut dapat dikeluarkan. Tindakan sama pernah dilakukan pihak berkuasa berkenaan ke atas Mercedes-Benz apabila memaksa pengeluar itu mengeluarkan GLK diesel.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen

Audi A6 Diesel
Volkswagen Toureg Diesel
Auti Q7 Diesel

Apa yang berbeza, penipuan kali ini tidak hanya dengan satu hingga tiga peranti. Tetapi, ada empat program perisian berasingan yang berfungsi mengesan kereta atas jalan atau ketika diuji sebelum operasi enjin diubah secara automatik.

Bagaimanapun, cuma satu peranti yang didapati menyalahi undang-undang dan ini bermaksud Audi boleh secara sukarela mengeluarkan tiga peranti lain jika mahu. Memandangkan peranti haram yang digariskan BMVI ialah sebahagian perisian pemanasan enjin, jadi bolehlah dianggap tiga peranti lain adalah mematuhi syarat emisi.

BACA >>> Volkswagen Bakal Hentikan Kenderaan Diesel di Australia, Tiada Kaitan Skandal Diesel

SUMBER: CarBuzz

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi A6 diesel, diesel, penyelesaian skandal emisi Volkswagen, Roda4, skandal emisi diesel Audi, skandal emisi diesel Volkswagen, skandal penipuan emisi diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev