Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi A5 dan S5 (2025) Diperkenal, Ganti A4! Model Genap Khas Untuk Elektrik
Auto Terkini

Audi A5 dan S5 (2025) Diperkenal, Ganti A4! Model Genap Khas Untuk Elektrik

Abang HirataBy Abang Hirata17/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS berpuluh tahun atau lebih tepat sejak dikeluarkan pada 1994, Audi A4 kini dibersarakan. Anehnya, Audi memperkenalkan A5 baharu (2025) dan bukan A4.

Strategi itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula penamaan model Audi di mana nombor genap mewakil model janaan elektrik dan nombor ganjil untuk model yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Mungkin tidak dibersarakan terus dan adakah A4 bakal muncul lagi selepas ini? Belum ada berita dan satu lagi persoalan ialah apa nasib A5 asal yang bergaya dengan potongan badan pendek fastback?

Kami tidak mempunyai jawapan namun A5 2025 diperkenalkan dengan empat varian utama sekaligus iaitu A5 Saloon (sedan) dan A5 Avant (wagon) dan model sporty S5 Saloon dan S5 Avant.

Model tersebut adalah yang pertama menggunakan Premium Platform Combustion (PPC).

Seperti biasa, model Audi tampil bergaya dan segak dan kali ini banyak bermain dengan lekukan berbanding garis keras dan bersegi.

Potongan belakang yang pendek dikekalkan namun tidak ketara seperti A5 Sportback sebelum ini dan masih mengekalkan gaya A4. Dari sisi jelas nampak gayaan badan yang atletik.

Jika mahukan Audi yang landai ke belakang, A5 Avant adalah jawapannya dan mengingatkan kepada A6 Avant.

Satu lagi tarikan ialah sisi badan depan dan belakang yang mengembang ala model ikonik Ur quattro dan ciri utama DNA rekaan Audi.

Dari set gambar yang diberikan, A5 tidak nampak seperti sedan dan wagon premium yang biasa tetapi layak untuk memegang nama premium dan sporty. Kelihatan seperti gabungan di antara A4 dan A5.

A5 juga nampak seperti A4 yang lebih berkeyakinan dalam menyaingi dua lagi jenama dari Jerman. Bahagian dalaman pula seperti pusat kawalan komputer berpusat.

Ciri-ciri Audi A5 2025:

Trenkuasa:

TFSI

  • 2.0 liter TFSI, 150 ps – varian aras mula.
  • 2.0 liter TFSI, 204 ps.
  • Pengecas turbo dengan geometri turbin variabel (VTG).
  • Kotak gear klac berkembar, kedua-dua pilihan enjin dengan pacuan roda depan (UK sahaja).

TDI dan MHEV

  • 2.0 liter TDI (diesel) 204 ps dengan teknologi MHEV plus (hibrid ringan).
  • 400Nm @ 1,750 – 3,250 rpm.
  • Sistem MHEV plus dengan 48 volt.
  • Generator trenkuasa (PTG) membekalkan kuasa elektrik tambahan sehingga 24 ps.
  • PTG juga membekalkan kembali tenaga kepada bateri sehingga 25 kW.
  • Kompresor penyaman udara elektrik – sistem penyaman udara boleh beroperasi ketika berhenti di lampu isyarat dan enjin dimatikan.
  • Kotak gear klac berkembar dengan pacuan depan atau quattro ultra.

TSI untuk S5

  • 3.0 liter TFSI V6 367 ps  dengan teknologi MHEV plus.
  • Pengecas turbo dengan VTG.
  • Kotak gear klac berkembar S tronic.
  • Diferensial quattro sport dengan torque vectoring.

Pengendalian

  • Pengendalian lebih jitu dan neutral.
  • Suspensi dengan damper adaptif (standard pada S5).

Dalaman

  • Skrin paparan panoramik melengkung Audi MMI dengan teknologi OLED.
  • Skrin kokpit maya Audi saiz 11.9 inci dan skrin sentuh MMI 14.5 inci.
  • Skrin 10.9 inci MMI untuk penumpang depan.
  • Pilihan paparan HUD (standard pada S5) dan pemandu boleh mengawal fungsi kenderaan dan infotainment melaluinya.

Audi A5 dan S5 terlebih dahulu dilancar di Jerman dan beberapa negara Eropah pada November 2024.

Audi A5 Avant 2025:

Audi S5 Avant 2025:

Audi S5 Avant
Audi S5 Avant
Audi S5 Avant
Audi S5 Avant

Audi A5 Saloon 2025:

Audi S5 Saloon 2025:

Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi S5 Sedan
Audi Audi A5 Audi A5 Avant Audi A5 Saloon Audi S5 Avant Audi S5 Saloon
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.