Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Atuk 69 Tahun Dipenjara 15 Tahun, Sengaja Langgar Penunggang Motor Potong ‘Double Line’
Auto Terkini

Atuk 69 Tahun Dipenjara 15 Tahun, Sengaja Langgar Penunggang Motor Potong ‘Double Line’

Han OthmanBy Han Othman06/04/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG warga emas berusia 69 tahun di negeri Texas, Amerika Syarikat dihukum penjara 15 tahun selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mencetuskan serangan maut dengan niat ke atas sebuah motosikal pada 2015.

William Sam Crum menerusi rakaman kamera dilihat sengaja membelok keretanya untuk melanggar sebuah motosikal yang cuba memotong di laluan garis berkembar hingga menyebabkan si penunggang dan pembonceng cedera.

Pembonceng wanita yang cedera terpaksa mendapat rawatan di unit penjagaan rapi (ICU), manakala penunggang mengalami luka dan lebam. Bagaimanapun, Crum tidak bernasib baik kerana aksi ganasnya itu sempat dirakamkan kamera helmet seorang lagi penunggang motosikal di belakang yang menjadi saksi utama insiden berkenaan. Video rakaman itu kemudian menjadi tular di media sosial.

Malah, dalam video penuh, Crum dirakamkan berkata, “Aku tak peduli” (I don’t care) kepada penunggang berhelmet kamera sambil mendakwa sebab kereta dia terpesong adalah kerana kaki disengat serangga.

Bagaimanapun, pihak juri di mahkamah langsung tidak menerima alasan Crum dan mendapati dia bersalah atas dua tuduhan jenayah, iaitu serangan dengan senjata maut, dan serangan dengan senjata maut hingga menyebabkan kecederaan tubuh. Crum kemudian diikat jamin AS$150,000 (RM664,649) sebaik saja ditahan sejurus kemalangan berkenaan.

APA PENGAJARAN?

Pengajaran? Ada dua isu berbeza di sini. Pertama, si penunggang memotong di garis berkembar. Dua, si atuk yang cuba buat keputusan sendiri mungkin sebab terlalu geram dengan penunggang yang memotong ‘double-line’. Kalau mahu diikutkan geram kebanyakan kita pula, pasti ada saja yang menyokong tindakan Crum sambil berhujah falasi, “siapa suruh kau potong ‘double line’?” Ya, Crum pun bercakap ayat yang sama!

Namun, salah tetap salah. Tidak semua kesalahan boleh diambil tindakan sendiri. Undang-undang memang tidak adil (kononnya), tetapi apakah tindakan atuk itu boleh dianggap adil?

Bayangkan kita lancarkan kempen setiap pengguna jalan raya Malaysia boleh membelasah orang yang melanggar lampu isyarat setiap pagi dengan sekali lagi gunakan hujah falasi, “siapa suruh langgar lampu?”

SUMBER: Fox News

Auto Terkini kemalangan jalan raya Texas tular Viral William Sam Crum
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.