• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / ATS Corsa RR Turbo dengan Enjin Honda Civic Type R (600hp) Sedia Jumpa Pembeli

ATS Corsa RR Turbo dengan Enjin Honda Civic Type R (600hp) Sedia Jumpa Pembeli

June 12, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SEKITAR September 2019, Automobili Turismo e Sport Automobili (ATS) yang diasaskan pasukan kejuruteraan Ferrari F1 mendedahkan kereta sport ringan radikal Corsa RR Turbo dan terkini model itu sudahpun sedia untuk dihantar kepada pelanggan.

Model tersebut menggunakan trenkuasa Honda Civic Type R, iaitu enjin 4-silinder sebaris 2.0L Turbo VTEC dengan dipadankan tetapan unit kawalan elektronik (ECU), ambilan kustom dan ekzos manifold, termasuk turbin Garret dan piston tempa untuk ledakan kuasa setinggi 600hp @ 4,000rpm-7,000rpm dan tork  530Nm @ 8,500rpm.

Kuasa buas itu disalurkan ke roda belakang menerusi sistem diferensial gelincir terhad (LSD) dan transmisi 3MO FTX sequential 6-kelajuan. Ada dua jenis varian ditawarkan, iaitu Clubsport dan Serie Carbonio yang dijual pada harga 15.7 juta yen (RM628,540) dan 19.7 juta yen (RM788,680).

Kedua-dua varian layak bersaing dalam siri perlumbaan dunia, terutama Serie Carbonio yang bakal dilengkapi pakej prestasi penuh. Walaupun perincian prestasi pemanduan tidak dijelaskan, tetapi berat jentera baharu ini jauh lebih ringan, iaitu cuma 800kg menerusi penggunaan banyak material gentian karbon penuh, manakala sistem brek menggunakan komponen Brembo sebagai standard.

Turut ditawarkan ialah kaliper titanium 4-piston dan brek seramik. Ciri lain ialah unit paparan skrin sentuh, tayar lumba Michelin dan suspensi double wishbone pushrod dengan absorber traksi elektronik menerusi pemuka logger AIM, kamera terbina dalam untuk sesi strim secara langsung (live), rim tempa dan sistem jek udara Quicklift.

Corsa RR Turbo hanya dikeluarkan 30 unit setahun supaya dapat menyertai perlumbaan disahkan Persekutuan Automobil Antabangsa (FIA) seperti  VLN Nürburgring, GT Light Class, British Hill Climb Championship, WERC Series dan SCCA Hill Climb.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

GALERI
ATS Corsa RR Turbo
ATS Corsa RR Turbo_7
ATS Corsa RR Turbo_9
ATS Corsa RR Turbo_1
ATS Corsa RR Turbo_2
ATS Corsa RR Turbo_3
ATS Corsa RR Turbo_4
ATS Corsa RR Turbo
ATS Corsa RR Turbo_6
ATS Corsa RR Turbo_8
ATS Corsa RR Turbo

SUMBER: Creative311

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ATS Corsa RR Turbo, Automobili Turismo e Sport Automobili (ATS), F1, Honda, Honda Civic Type R, Roda4, Serie Carbonio, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my