Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Ativa Vietnam’ Henti Penghantaran Sebab Masalah Teknikal
Auto Terkini

‘Ativa Vietnam’ Henti Penghantaran Sebab Masalah Teknikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGELUARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Raize di Vietnam (Malaysia: Perodua Ativa ) tergendala disebabkan masalah teknikal yang dijangka diselesaikan akhir bulan ini.

Toyota Motor Vietnam (TMV) dilaporkan sudah menghantar dokumen kepada rangkaian pengedar untuk menjelaskan tindakan menghentikan sementara kiriman SUV tersebut.

BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

Menurut laporan, insiden itu berlaku berikutan masalah teknikal dan tindakan menghentikan sementera proses penghantaran adalah untuk memastikan langkah pemeriksaan kenderaan dilakukan sepenuhnya sebelum diserahkan kepada pelanggan.

TMV mendedahkan penggantungan proses penghantaran adalah sementara, tetapi dijangmka berterusan hingga akhir bulan ini (Mac).

Wakil TMV menjelaskan sedang menyelesaikan masalah yang berlaku dan berusaha mengirim kenderaan kepada pelanggan secepat mungkin.

Kami faham kesulitan dialami pelanggan apabila tarikh kiriman terpaksa ditangguh. TMV memohon maaf atas semua kesulitan. Tindakan menghentikan kiriman bersifat sementara untuk kerja pemeriksaan kualiti sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan.”

Pengedar Toyota yang enggan didedahkan nama mendakwa masalah itu ada kaitan dengan beg udara. Khabarnya, pengeluar kenderaan dan pengedar perlu memastikan kualiti produk Raize sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Tahun lalu, Toyota Raize mencatat jualan 6,900 unit walaupun mengalami masalah bekalan komponen, dan berada di belakang pesaing Kia Sonet dalam segmen SUV mini yang mencatat jualan 9,446 unit dalam tempoh sama.

Pada Januari 2023, TMV mencatat jualan 418 unit Toyota Raize, disusuli Kia Sonet (391 unit).

BACA >>> Gigih Bawa Stok Air Katira dari JB ke Klang, Peniaga Rela Penuhkan Ais dalam Ativa
BACA >>> Pemilik Ativa Reda Waranti Batal Akibat Banjir Walaupun Baru Beli 2 Bulan
BACA >>> Mengidam Naik Ativa Putih, Ahli Grup Tunai Hajat Ibu Hamil

SUMBER: Zing

Auto Terkini Isu beg udara Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Motor Vietnam (TMV) Toyota Raize
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450 km WLTP

    01/04/2026
    HEV

    #BIMS2026: Deepal Hunter K50, Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900 km

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.