• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #AtasiSegalanya: Dapat Bandana Percuma dengan Pek Shell Advance AX7 1 Liter

#AtasiSegalanya: Dapat Bandana Percuma dengan Pek Shell Advance AX7 1 Liter

July 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINYAK enjin motosikal Shell Advance AX7 dirumus khas untuk meningkatkan penjimatan bahan api dan mengurangkan kos penyenggaraan dengan memaksimumkan jarak perbatuan motosikal hingga 36km bagi setiap isian penuh petrol.

Jika anda membeli setiap pek 1 liter minyak enjin semi-sintetik Shell Advance AX7 dari bengkel yang mengambil bahagian dalam kempen #AtasiSegalanya, akan menerima hadiah berbentuk bandana secara percuma selagi stok masih ada.

SHELL ADVANCE MASTERCLASS - PROGRAM LATIHAN TINGKAT SKIL MEKANIK

Pembukaan semula bengkel motosikal menyaksikan lebih 2,000 mekanik mendapat manfaat daripada program latihan Shell Advance Masterclass. Program ini sudah memasuki tahun keempat penganjuran yang menjadi inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik bagi meningkatkan kemahiran mekanik motosikal dan pemilik bengkel.

Program Shell Advance Masterclass melibatkan siri video atas talian dihasilkan Shell dengan kerjasama mekanik MotoGP, Jeff Oh yang akan memberi bimbingan dengan berkongsi pengetahuan dan panduan mengenai cara penyenggaraan motosikal betul.

Modul interaktif ini disampaikan kepada peserta ketika pasukan Shell Advance berkunjung ke bengkel dan menerusi video demonstrasi dalam laman web Shell Advance Masterclass.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, program Shell Advance Masterclass diharapkan dapat membantu memberikan pengiktirafan kepada mekanik tempatan dan membantu mereka menempuhi apa jua cabaran untuk membina masa depan yang lebih baik.

Jika mahu mendapat maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak enjin Shell Advance, anda boleh layari laman www.shell.com.my/advance.

Bandana percuma untuk pembelian minyak Shell Advance AX7 1 liter , dan kelas Shell Advance Masterclass adalah sebahagian kempen tiga penjuru #AtasiSegalanya anjuran Shell selain pemberian 500 minyak enjin Shell Advance AX7 percuma yang berakhir pada 11 Julai lalu.

Artikel Berkaitan

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: #AtasiSegalanya, aksesori, Fattah Amin, Jeff Oh, May Tan, Minyak Enjin Motosikal, Minyak Enjin Semi-Sintetik, minyak hitam, Minyak Pelincir, Semi-Synthetic, Shell, Shell Advance AX7, Shell Advance Masterclass, Shell Lubricants

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my