ACARA permotoran tahunan, Art of Speed Malaysia (AOS) Malaysia kembali menggegarkan Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang dengan penuh gaya dan karisma luar biasa.
Edisi ke-14 tahun ini berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2025 dengan mengekalkan reputasi sebagai acara Kustom Kulture terbesar dan paling dinanti di Malaysia yang menyaksikan ribuan pengunjung hadir memeriahkan pameran model ubah suai, aktiviti gaya hidup, termasuk persembahan seni dan muzik.
Tetamu Antarabangsa Penuh Aksi
AOS 2025 kali ini benar-benar all out dengan kehadiran tokoh antarabangsa terkenal dalam dunia kustom:
- MOONEYES Jepun: Shige Suganuma, Wildman Ishii & Hey Murakamii
- Hot Wheels USA: Brendon Vetuskey
- Distinguished Gentleman's Ride: Mark Hawwa
- Wakil-wakil hebat dari Jepun, Australia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei dan banyak lagi.
Kehadiran wakil-wakil tersebut membuktikan AOS bukan sekadar acara tempatan, tapi pentas antarabangsa bagi budaya kustom.
Gerbang Baharu, Energi Baharu
Dari langkah pertama, pengunjung disambut gerbang AOS baharu dalam paparan LED penuh dengan visual dan animasi yang bukan sekadar dekorasi, tetapi simbol semangat AOS: berani, kreatif dan sentiasa berevolusi.
Beetle Battle, Persaudaraan Serantau
Program Beetle Battle daripada Denny Kusumah dari Indonesia mengumpulkan pemilik Volskwagen Beetle serantau bagi meraikan persaudaraan automotif tanpa sempadan.
Hot Wheels Collectors Convention: Mini Tapi Power!
Dewan C menjadi medan impian peminat die-cast dengan Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kali ke-3 yang mengumpulkan ratusan kolektor untuk acara:
- Tukar, Beli dan Jual
- Pertandingan kustom
- Pameran koleksi langka
- Pelancaran pasangan kereta edisi khas Hot Wheels bersama pereka Brendon Vetuskey!
Aktiviti Padat, Pelbagai!
Tak cukup kereta dan motosikal? AOS 2025 turut menampilkan:
- Santai Scooterist - Perhimpunan mega skuter
- Roda Rumble 2025 - Pesta dua roda disokong Retro Mania
- Zon Tunggang Uji - Royal Enfield, Vespa, Harley-Davidson dan banyak lagi
- Backdoor SoundSystem Collective - Muzik live tepi Payung Kopi
- Moto4Sale - Jual beli motosikal bawah 500cc
- Pasar lambak dan Zon F&B penuh variasi
SoundCircus Takeover Gegarkan Dewan A!
SoundCircus kembali dengan barisan pemuzik mantap seperti:
- Noh Salleh dan Restore Iboe
- Ruffedge
- Romantic Echoes
- Iqbal M, Luqman Podolski, Chronicalz dan ramai lagi!
Gabungan muzik dan gaya hidup menjadikan AOS lebih daripada sekadar pameran automotif.
Pemenang Best of Show ke Yokohama!
Juara Best of Show untuk kategori kereta dan motosikalmembawa pulang pakej MOONEYES Yokohama Hot Rod Show ke-33 sebagai tetamu kehormat!
- Kereta: VW Beetle 1965 - Shaun Pinto
- Motosikal: Honda CB 175cc 1983 (Eastern Bobber) - Omar Jumiran
Anugerah Penuh Gaya: Show & Shine Paling Gempak
AOS 2025 juga menyaksikan ratusan peserta dalam pelbagai kategori, dan antara penyertaan yang menonjol:
Automobil:
- Best Stance: Honda Jazz - Lee Hui Hua
- Best JDM: R34 GTR - Fahmi Ramili
- Best Radical: Liberty Walk R32 GTR - Paul
- Best Paint: Mitsubishi Evo9 Wagon - Pok Him
Motosikal:
- Best Chopper: Harley-Davidson Shovelhead - Shedi
- Best Cafe Racer: Suzuki GS550 - Izmi
- Best Scooter Klasik: Scooter Thrash - Azhar Sanusi
- Best Fabrication: Eastern Bobber - Omar Jumiran
Penutup: AOS Terus di Puncak Kustom Kulture Malaysia
AOS bukan sekadar acara, tetapi gaya hidup dan komuniti. Edisi 2025 memperkukuh lagi status pameran automotif itu sebagai festival kustom nombor satu negara dengan pameran jentera unik, muzik hebat, dan semangat kebersamaan luar biasa.
Layari laman web www.artofspeedmy.com atau laman Facebook rasmi Art Of Speed MY untuk maklumat lanjut dan sorotan acara!
Leave a Reply