Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Aprilia Racing Dedah Liveri RS-GP26
MotoGP

#MotoGP2026: Aprilia Racing Dedah Liveri RS-GP26

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Liveri baharu Aprilia RS-GP26

PASUKAN Aprilia Racing rasmi memperkenalkan jentera MotoGP 2026, Aprilia RS-GP26 dalam acara khas yang berlangsung di Sky Sports Studios, Milan, Itali sekali gus mendedahkan liveri baharu yang mengekalkan identiti agresif dan warisan jenama Itali itu.

Liveri 2026 Aprilia RS-GP masih didominasi hitam sebagai warna asas, digandingkan elemen merah dan ungu, serta logo Aprilia putih yang menyerlah.

Perubahan paling ketara adalah simbol kepala singa pada logo Aprilia, yang juga ikon bersejarah Venice yang terletak berhampiran ibu pejabat Aprilia di Noale.

Simbol singa itu turut mencerminkan legasi Aprilia yang sudah digunakan dalam pelbagai bentuk penjenamaan sejak era 1980-an.

Bezzecchi, Martin Terus Bergandingan

Liveri baharu Aprilia RS-GP26

Marco Bezzecchi dan Jorge Martin disahkan kekal sebagai pelumba Aprilia Racing musim MotoGP 2026, selepas melalui musim 2025 yang penuh kontras.

Martin, yang menyarung nombor jentera #89, hampir keseluruhan musim lalu dibelenggu kecederaan serius sejak sesi ujian pramusim di Sepang.

Jorge Martin kemalangan di Sepang
Jorge Martin kemalangan di Sepang

Juara dunia MotoGP 2024 itu mengalami patah tulang metakarpal tangan kanan dan beberapa tulang metatarsal kaki kiri sebelum terlibat satu lagi kemalangan ketika latihan supermoto, yang menyebabkan kecederaan pada tulang radius dan skafoid tangan kiri.

Kepulangan di Qatar turut berakhir dengan insiden ngeri apabila terjatuh dan dirempuh Fabio Di Giannantonio, menyebabkan 11 tulang rusuk patah dan paru-paru bocor.

Situasi tersebut turut mencetuskan ketegangan apabila Martin menyuarakan hasrat meninggalkan Aprilia berdasarkan klausa prestasi dalam kontrak dua tahun, tetapi isu itu akhirnya diselesaikan. Kini, fokus Martin sepenuhnya adalah kembali bersaing di kelompok depan MotoGP.

Martin Sasar Kebangkitan Musim 2026

Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin

Martin berkata;

“Selepas pengalaman tahun lalu bersama Aprilia dan ujian penting di Valencia, sasaran kami sekarang adalah terus berkembang bersama.

“Akan ada banyak kerja awal musim, tapi kami tau aspek yang perlu diperbaiki. Aku nak kembali bersaing untuk podium dan menang sebaik saja cergas 100 peratus.”

Bezzecchi Pimpin Pembangunan RS-GP26

Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi

Ketika Martin berehat panjang akibat kecederaan, Bezzecchi muncul tonggak utama Aprilia Racing dan memainkan peranan penting dalam pembangunan RS-GP26. Pelumba Itali itu menamatkan musim 2025 di tempat ketiga keseluruhan dengan 353 mata, juga pencapaian terbaik Aprilia dalam sejarah MotoGP.

Sepanjang musim, Bezzecchi meraih 19 podium, tiga kemenangan Sprint dan empat kemenangan Grand Prix (GP), sekali gus mengukuhkan reputasi beliau sebagai antara pencabar utama kejuaraan.

Bezzecchi berkata;

“Aku gembira akhirnya kembali cakap pasal motor.

“Aku tak sabar nak mulakan musim, walaupun kerja pembangunan sebenarnya tak pernah berhenti. Kilang di Noale bekerja keras dan aku juga berlatih non-stop. Motivasi aku sangat tinggi dan aku nak menikmati tunggangan atas motor ni.”

Bezzecchi turut menyifatkan RS-GP 2026 sebagai jentera yang nampak lebih agresif, selari peningkatan prestasi Aprilia yang semakin merapatkan jurang dengan Ducati dalam tempoh kebelakangan ini.

RS-GP26 Dipertingkat Menyeluruh

Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi

Dalam kenyataan rasmi Aprilia, hampir setiap aspek RS-GP26 sudah dipertingkat bagi saingan musim 2026, termasuk aerodinamik, casis, elektronik dan enjin V4.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia Racing, Massimo Rivola menegaskan keyakinan tinggi pasukan terhadap potensi jentera baharu itu.

“Kami hadap musim 2026 dengan kesedaran jelas pasal siapa kami dan ke mana hala tuju kami

“Musim 2025 bagi asas kukuh untuk mencapai tahap daya saing yang sangat tinggi, dan sasaran kami sekarang adalah bersaing dalam setiap perlumbaan.

“Kami akan ikut dua pendekatan berbeza dalam garaj dengan meneruskan kesinambungan bersama Marco, dan bina semula momentum dengan Jorge. Kami sangat percaya kepada potensi RS-GP26 dan keupayaan kedua-dua pelumba kami.”

SUMBER: MotorcycleNews.com

Liveri baharu Aprilia RS-GP26
Liveri baharu Aprilia RS-GP26
Liveri baharu Aprilia RS-GP26
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi
Liveri baharu Aprilia RS-GP26
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Jorge Martin
Liveri baharu Aprilia RS-GP26 | Marco Bezzecchi
2026 MotoGP Aprilia Racing Aprilia RS-GP 2026 Jentera MotoGP jorge martin marco bezzecchi
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Super GT Malaysia 2026
SuperGT

#SuperGT2026: Perlumbaan GT Jepun Kembali ke Sepang, Tiket Kini Dijual!

03/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

02/03/2026
Marco Bezzechi juara GP Thailand 2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026: Aprilia Juara Aksi Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.