• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aplikasi KINETA Charge Tawar Pengalaman Cas EV Inovatif, Lancar

Aplikasi KINETA Charge Tawar Pengalaman Cas EV Inovatif, Lancar

May 20, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBSIDIARI penuh milik Sime Darby Berhad, KINETA melancarkan aplikasi mobil KINETA Charge bagi memudahkan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, seiring misi syarikat menyediakan pengalaman pengguna terbaik menerusi perkhidmatan cemerlang, proses yang lancar dan sistem inovatif.

Bagi memenuhi keperluan pengguna, KINETA kekal berdedikasi untuk menyepadukan lebih banyak tempat pengecasan daripada rakan kongsi terlibat dan pada masa sama meningkatkan rangkaian lokasi mengecas seluruh negara untuk kemudahan dan akses.

kineta-charge-app-2
kineta-charge-app

KINETA Charge akan memaparkan lokasi pengecas AC dan DC seluruh Malaysia supaya mudah diakses semua pemandu EV.

Platform inovatif ini memberikan pengalaman mengecas EV berpandukan pengguna, mampan dan lancar, serta menjadi penanda aras baharu dalam negara ini.

TAWARAN KINETA CHARGE

Berikut kelebihan menggunakan KINETA Charge:

  • Pilihan bayaran fleksibel menyediakan kemudahan e-dompet seperti GrabPay dan Touch n' Go, termasuk kad kredit dan debit dalam masa terdekat.
  • Ciri Map View menerusi Waze dan Google Maps akan membawa pengguna ke stesen cas terdekat menerusi antaramuka peta intuitif bagi memastikan perjalanan bebas stres kepada semua peminat EV.
  • Kawalan penuh sesi pengecasan dengan keupayaan mengecas 'Start and Go' menerusi aplikasi KINETA.
  • Pengguna akan dapat bil dan resit bayaran dengan maklumat kadar dan caj digunakan bagi setiap transaksi.
  • Bagi pelanggan korporat, KINETA Charge menawarkan inovatif pertama dalam pasaran modul Sistem Pengurusan Pengecasan (CMS), yang membolehkan pelanggan korporat melakukan kustom pada imej pengecas, menetapkan harga berdasarkan lokasi dan tempoh promosi sebagai ganjaran kepada pengguna dan membenarkan janaan pelbagai laporan pengurusan.

Aplikasi KINETA Charge kini boleh dimuat turun di App Store untuk pengguna Apple dan Google PlayStore (Android) di Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), KINETA Charge, Sime Darby Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev