• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aplikasi Gerak Malaysia Tamat Hari Ini

Aplikasi Gerak Malaysia Tamat Hari Ini

July 31, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


APLIKASI Gerak Malaysia, yang dibangunkan untuk pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan bermula hari ini (31 Julai).

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengguna dinasihatkan memadam aplikasi itu daripada telefon bimbit masing-masing kerana tidak lagi mempunyai fungsi aktif selepas hari ini.

"Dengan pelaksanaan PKP Pemulihan(PKPP) sejak 10 Jun lalu, yang menyaksikan tiada lagi keperluan permit rentas sempadan negeri, PDRM dan SKMM memutuskan bahawa penggunaan aplikasi Gerak Malaysia tidak lagi diperlukan," menurut kenyataan itu.

BACA >>> Gerak Malaysia: 11 Info Lebuhraya PLUS yang Perlu Anda Tahu

DATA DILUPUSKAN

Katanya, semua data peribadi akan diserah kepada Kementerian Kesihatan, manakala rekod pergerakan pengguna yang disimpan dalam aplikasi Gerak Malaysia akan dilupuskan.

Selain membantu mengesan kontak rapat kes Covid-19, aplikasi GerakMalaysia membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan dalam masa nyata. Menurut kenyataan itu lagi, PDRM dan SKMM berjaya menguruskan pergerakan trafik dalam tempoh PKP menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

"Kerjasama antara PDRM dan SKMM menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi. Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara," katanya.

Kenyataan itu turut menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membantu pihak berkuasa mencegah dan mengawal penularan pandemik Covid-19 secara berkesan.

"Aplikasi ini secara asasnya digunakan untuk memperkasa penduduk Malaysia melakukan penilaian kendiri, mendapat maklumat terkini tentang Covid-19, mengetahui kawasan berisiko, mendaftar diri sebelum memasuki sesuatu premis dan lain-lain lagi," katanya.

BACA >>> Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Gerak Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev