Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tip Jimat Minyak Paling Mudah, Berkesan!
Autotainment

#ApaNakBuat: Tip Jimat Minyak Paling Mudah, Berkesan!

FarahBy Farah15/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDANGKAN kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang sudah mula mengambil pendekatan berjimat cermat, termasuk memilih kenderaan yang menawarkan penjimatan bahan api bagi meminimumkan kos perbelanjaan minyak.

Sebenarnya ada macam-macam kaedah dan cara lain hendak menjimatkan minyak kenderaan. Kepada yang tidak tahu cara jimat minyak, apa kata ikut saranan dikongsikan Abang Gan ini. Sangat simple dan berkesan taw!

Tips Pertama: Jaga Maintenance

Tahukah anda, lambat hantar servis kenderaan boleh memberi kesan kepada penggunaan bahan api. Jadi hantar servis pada masa ditetapkan. Antara perlu diperiksa ialah palam pencucuh. Kebiasaannya setiap 50,000km sudah perlu ditukar, tetapi berbeza mengikut kenderaan masing-masing. Senang cerita, ikut je buku panduan kenderaan anda.

Tips Kedua: Tekanan Angin Tayar

Kerap periksa tayar angin kereta setiap dua minggu. Nampak kecil, tetapi kalau angin tayar kurang, kereta akan jadi berat, sekali gus menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus kerana geseran tayar berlebihan.

Ada kajian menunjukkan jika tekanan tayar kereta kurang 10PSI daripada tahap diperlukan, penggunaan minyak akan naik 2.5 peratus. Banyakkan?

Tips Ketiga: Guna Brek Apabila Perlu

Perkara ini pun main peranan. Jadi cuba elakkan menggunakan brek secara mengejut atau tidak tentu pasal. Pastikan sentiasa kawal jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan lain, supaya kenderaan dapat berhenti perlahan-lahan.

Tips Keempat: Elak Bawa Barang Tak Perlu Dalam Kereta

Jangan sesekali jadikan kenderaan anda seperti stor atau tempat simpan barang. Semakin berat muatan kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

 Tips Kelima: Kawal Kelajuan dengan Konsisten

Pandu kenderaan secara berhemah dan bijak mengawal kelajuan kereta secara konsisten. Elakkan menekan minyak secara mengejut tiba-tiba. Jika anda perasan, penggunaan minyak lebih tahan lama kalau memandu di kawasan lebuh raya berbanding kawasan bandar sesak.

Tips Keenam: Pilih Bahan Api yang Betul

Minyak yang anda pilih juga memainkan peranan. Antara terbaik boleh anda cuba ialah BHPetrol Ron95 Euro 4M. Ini kerana minyak ini membuatkan enjin kereta tahan lebih lama dengan kandungan sulfur hanya 50ppm daripada 500ppm dalam Euro2. Selain itu, minyak ini mempunyai agen pengurang geseran yang membuatkan pemanduan lebih lancar, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.

Nak tahu lebih tip tentang cara hendak jimat minyak? Tontonlah video Abang Gan di atas.

BACA>>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
BACA>>> BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera

Abang Gan apa nak buat jimat minyak tips jimat minyak video
Farah

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
View 1 Comment

1 Comment

  1. Proton ipoh on 26/01/2023 23:09

    semoga bermanfaat. thank u, untuk ilmu yang dikongsikan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.