Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!
Autotainment

#ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIKAP segelintir individu mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di depan rumah orang lain hingga mencetuskan kesusahan kerap berlaku, terutama di kawasan kejiranan.

Tindakan tersebut bukan saja menjejaskan keharmonian sesama jiran tetangga, tetapi juga boleh bertukar jadi pergaduhan jika si tuan kereta bersikap berkeras kepala atau kerap mengulangi perbuatan sama.

Jangan bertekak, tetapi jadilah individu bijak dengan bertindak mengikut landasan undang-undang.

BACA >>> Pembuli Jalan Raya Tunjuk Samseng? Lakukan 6 Tip Ini untuk Elak Lebih Drama
BACA >>> Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?

Ada dua peruntukan undang-undang disediakan bagi menangani masalah orang parkir di depan rumah kita, iaitu:

1. Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di 82 Undang-Undang Malaysia Akta 333 mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK 1955) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (trespass). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

2. Seksyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955

Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih lima puluh ringgit.

Dipetik daripada laman Facebook Polis Johor, ada tiga langkah penting boleh dibuat, iaitu :

  • Cuba bincang dan berunding cara baik dengan pemilik kenderaan berkenaan.
  • Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis perbandaran atau polis untuk menimbangkan masalah parkir tersebut.
  • Jangan ambil undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan pelaku tersebut kerana ia boleh bertukar jadi perbuatan jenayah. Silap hari bulan, anda pula kena heret ke mahkamah.

BACA >>> Sewa Parkir Kereta di Rumah Kini Jadi Pendapatan Tambahan Penduduk UK
BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Guna Brek Tangan Terlalu Lama Jika Parkir Atas Jalan Tidak Rata
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?

SUMBER: Polis Johor

apa nak buat apa nak buat jiran suka parkir merata Jiran suka park depan rumah orang Masalah parkir depan rumah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Honda Malaysia on 22/06/2021 16:23

      Aduhai susah kalau dapat jiran jenis asal boleh parking ni. Boleh jadi gaduh

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.