Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Inilah Cara Bayar Saman Guna ‘MyBayar Saman’, Sekarang Ada Diskaun 50 Peratus!
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Inilah Cara Bayar Saman Guna ‘MyBayar Saman’, Sekarang Ada Diskaun 50 Peratus!

ShawkathBy Shawkath06/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


APLIKASI MyBayar Saman ialah platform baharu diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 Mac lalu, berkongsi tarikh sama dengan sambutan Hari Polis ke-214.

MyBayar Saman bertujuan memudahkan orang ramai menyelesaikan saman dan sebagai galakan, PDRM menawarkan diskaun hingga 50 peratus kepada pengguna yang membayar saman mereka menggunakan aplikasi tersebut. Diskaun diberikan bukan untuk semua kesalahan lalu lintas, tetapi kesalahan terpilih mengikut terma dan syarat. Tarikh tamat diskaun 50 peratus ini ialah 11 April 2021.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Play Store untuk pengguna Android dan App Store (iPhone). Selepas memuat turun, pengguna perlu mendaftar dengan memasukkan butiran utama seperti nombor kad pengenalan (sebagai ID pengguna), nama penuh mengikut kad pengenalan, dan e-mel.

Boleh ikut langkah-langkah di bawah ini:

CARA DAFTAR

Anda perlu mengisi maklumat pada ruang kosong seperti di atas. Kemudian, untuk pengesahan, nombor OTP perlu dimohon.
Anda akan terima satu mesej teks mengandungi enam nombor OTP ke nombor telefon yang didaftarkan tadi. Masukkan OTP pada ruang kosong seperti di sebelah, dan tekan butang ‘NEXT’.
Lengkapkan pula butiran seperti di atas. Setkan juga kata laluan (Password) dengan kombinasi huruf kecil dan besar, termasuk simbol seperti -_@. Kemudian klik butang pengesahan (Confirm).

CARA LOG MASUK

Log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.

Selepas berjaya mendaftar dengan mengikut langkah demi langkah seperti dijelaskan sebelum ini, anda akan dibawa ke paparan mula seperti di atas.

Sekarang log masuk dengan mengisi ID pengguna (Username) dengan nombor kad pengenalan tanpa simbol sempang (-), dan kata laluan (Password) yang disetkan tadi.

PAPARAN SAMAN

Sebaik saja log masuk, anda dapat lihat laman utama MyBayar Saman yang memaparkan dua kotak berwarna, iaitu:

  • Kotak Hijau – Jumlah saman tertunggak
  • Kotak Merah Jambu – Jumlah bayaran keseluruhan saman dalam RM (Ringgit Malaysia)

Berdasarkan gambar di atas, pemilik akaun tersebut ada tiga saman tertunggak bernilai RM200 yang perlu diselesaikan.

Jika mahu melihat butiran saman, anda perlu ketik menu ‘Payment of Summons’ seperti simbol di atas. Kemudian anda akan dibawa ke laman seperti di bawah ini:

Laman ini akan memaparkan nama dan nombor kad pengenalan anda, termasuk nombor pendaftaran kenderaan dan jumlah saman untuk kereta yang dipandu itu. Butiran saman pula akan memaparkan maklumat seperti berikut:

  • Nombor saman (Summon No)
  • Jumlah kompaun (Compound)
  • Tarikh dan masa (Date/Time)
  • Lokasi kesalahan dibuat (Location)
  • Jenis kesalahan (Offence 1)

Ada juga gambar diberikan untuk kesalahan memandu melebihi had laju dibenarkan. Boleh klik pada simbol kamera merah di sudut atas butiran saman.

Jika mahu bayar saman, cuma ketik untuk pilih mana-mana saman yang mahu dilangsaikan. Aplikasi akan menjumlahkan sendiri bayaran saman. Klik butang ‘Checkout’ untuk ke laman pembayaran.

CARA BAYAR SAMAN

Bayaran saman menggunakan MyBayar Saman cukup mudah kerana menyediakan pilihan sistem perbankan atas talian (seperti Maybank2u) dan kad kredit. Semua urusan pembayaran dapat diselesaikan dalam masa kurang 10 minit sahaja.

Resit bayaran juga akan dikirimkan kepada e-mel pembayar. Berdasarkan pengalaman, resit diterima selepas dua hari bayaran dibuat. Kelewatan itu mungkin disebabkan terlalu ramai mahu membayar saman menggunakan aplikasi berkenaan.

Apapun aplikasi MyBayar Saman memang mudah digunakan.

TRIVIA

Menurut PDRM, sebanyak 291,157 saman sudah dibayar melalui MyBayar Saman setakat 31 Mac lalu dengan jumlah terkumpul kira-kira RM32 juta. 😱😱😱

Aplikasi bayar saman tertunggak Diskaun saman polis diskaun saman tertunggak 50 peratus MyBayar Saman
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
View 4 Comments

4 Comments

  1. Ytmp4 on 28/11/2024 11:09

    Terima kasih untuk info berguna ini! Diskaun 50% memang sangat menarik dan memudahkan proses bayar saman. Saya akan segera cuba MyBayar Saman.

    Reply
  2. YOUTUBE APP on 13/03/2025 04:06

    Wow, this is super helpful! I didn’t know about the MyBayar Saman app or the 50% discount! Definitely going to check it out. Thanks for sharing!

    Reply
  3. gta 5 apk on 31/05/2025 11:54

    Terima kasih atas maklumat berguna ini! Diskaun 50% memang menggalakkan untuk settle saman. Tak sabar nak cuba MyBayar Saman. Sesuai sangat untuk memudahkan urusan.

    Reply
  4. y89 on 20/06/2025 12:43

    Sangat berguna! Dengan diskaun 50%, ia benar-benar membantu mereka yang ingin melangsaikan saman dengan lebih mudah. Terima kasih untuk info yang berguna ini!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.