Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?
Autotainment

#ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP penunggang motosikal ada tabiat dan cara membrek sendiri. Ada yang gemar memijak brek belakang sepenuhnya dan ada pula lebih yakin menarik tuil brek depan kerana daya membrek yang lebih kuat. Jadi, apakah teknik membrek yang menawarkan kawalan dan pengendalian lebih selamat atau terjamin?

Penunggang motosikal harus bijak membuat keputusan membrek berdasarkan situasi jalan raya semasa, kondisi permukaan jalan dan cuaca. Ia tidak semestinya tertumpu kepada faktor kelajuan tunggangan semata-mata.

Contohnya, jika permukaan jalan raya ditutupi pasir halus atau licin, anda tetap berdepan risiko tergelincir apabila menggunakan brek roda depan walaupun menunggang perlahan. Ini kerana  brek roda depan mempunyai kuasa membrek lebih tinggi berbanding roda belakang.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

Apabila tuil brek depan ditarik mengejut, beban akan dipindahkan pada bahagian roda depan. Jadi, apabila tayar depan motosikal terkunci, anda akan tergelincir lalu jatuh. Brek belakang pula memiliki daya menghentikan motosikal yang lebih rendah berbanding brek roda depan.

Brek belakang sebenarnya lebih sesuai digunakan dalam tunggangan halaju sederhana. Contohnya ketika dalam kesesakan lalu lintas atau tunggangan santai di laluan jalan raya tenang.

BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal

KENAPA ADA PENUNGGANG HANYA GUNA BREK BELAKANG?

Persoalan ini sebenarnya berhubung kait  dengan sifat pemanduan kereta. Penunggang yang dipengaruhi faktor membrek kereta akan memijak pedal brek hingga rapat ke bawah dengan harapan kenderaan akan berhenti.

Selain itu, ada juga penunggang menggunakan brek belakang sepenuhnya kerana faktor panik. Ini kerana dalam situasi itu, fikiran seseorang penunggang panik itu tidak lagi menumpukan hal rasional, sebaliknya lebih kepada kuasa atau daya fizikal.

Tahukah anda, tindakaan menggunaan brek belakang semata-mata ada banyak kekurangannya? Antaranya, masa yang diperlukan untuk menghentikan motosikal adalah lebih lama atau panjang.

Selain itu, jika tayar belakang terkunci, motosikal boleh terus meluncur ke depan hingga menyebabkan rempuhan. Kadangkala motosikal akan tergelincir apabila roda belakang terkunci dan menyebabkan penunggang tercampak ke bahu jalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?

ADAKAH GUNA BREK DEPAN BOLEH BUAT PENUNGGANG TERCAMPAK?

Tidak dinafikan, ini boleh berlaku jika anda menarik tuil brek mengejut dan dengan daya kuat, serta ditambah pula motosikal bergerak pada kelajuan sederhana-laju. Bagi motosikal yang tiada ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), anda memang boleh tercampak ke depan akibat roda terkunci.

Jika motosikal anda dilengkapkan sistem ABS, ia sememangnya jauh lebih selamat dan mengurangkan risiko kebarangkalian tercampak dari motosikal.

Jadi, cara membrek yang paling baik adalah menggunakan kedua-dua sistem brek motosikal.

APAKAH CARA BETUL?

Cara sebenar menarik tuil brek depan adalah seperti memerah lemon atau limau untuk mendapatkan jus. Jangan tarik mengejut, dan lakukan dengan tenang. Sama juga konsepnya jika motosikal anda dilengkapi ABS.

Brek depan akan menyebabkan fork menurun, sekali gus menekankan tayar depan supaya jadi lebih lebar atas permukaan jalan. Ini akan meluaskan sentuhan dan meningkatkan cengkaman tayar depan atas jalan. Lebih banyak seretan, maka lebih efektif.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?

Sekiranya menggunakan kedua-dua brek, ia memberikan daya membrek yang lebih efektif, dan dapat mengurangkan kelajuan dengan lebih selamat sebelum jentera dihentikan sepenuhnya. Kedua-dua brek direka untuk saling membantu antara satu sama lain. Jadi, kenapa perlu guna satu brek saja?

SUMBER: Suzuki.co.id | RoadGuardians | Ridetek

ABS apa nak buat autotainment cara membrek betul cara membrek motosikal roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.