Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Berhenti Lampu Isyarat Merah, Kekal Gear D atau Tukar N?
Autotainment

#ApaNakBuat: Berhenti Lampu Isyarat Merah, Kekal Gear D atau Tukar N?

Han OthmanBy Han Othman23/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI pemandu di bandar, terutama di ibu kota besar dan sesak seperti Kuala Lumpur, jumlah lampu isyarat yang perlu ditempuh memang banyak. Boleh dikatakan hampir setiap pemandu perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Situasi itu membuat pemandu perlu kerap membrek dan menukar gear hingga timbul persoalan, bolehkah kekal saja pada posisi gear D (drive) atau tukar kepada bebas gear, iaitu N (neutral).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Myvi (2021) Kini Transmisi D-CVT, Apakah Kelebihannya?

Apakah cara yang betul?

Sebenarnya tiada cara yang betul-betul muktamad dalam situasi di lampu isyarat kerana bergantung kepada situasi dan kereta dipandu anda. Mari kami ringkaskan:

KERETA DENGAN AHB
  • Tiada masalah kekal D jika kereta anda ada ciri brek pegun (auto-hold) atau Brek Parkir Elektronik (EPB).
  • Ini kerana kereta akan mengenakan brek tangan/parkir secara automatik apabila berhenti sepenuhnya.
  • Jadi anda tidak perlu lagi menekan brek sepanjang berhenti menunggu di lampu isyarat merah.
  • AHB juga akan meriliskan brek tangan secara automatik apabila pedal minyak ditekan. Jadi tiada operasi gear diperlukan.
KERETA TANPA AHB
  • Bagi kereta tanpa AHB, anda boleh saja kekal pada D kerana lebih praktikal. Cuma perlu mengawal pedal brek dan minyak.
  • Namun, ini bukan mandatori. Anda boleh saja menukar gear kepada N jika terpaksa menunggu lama di lampu isyarat, atau mungkin berlaku kesesakan teruk di depan.
  • Tetapi hati-hati, sama ada dalam gear D atau N, anda masih perlu menekan brek sebagai langkah keselamatan. Mahu lebih selamat, terutama di jalan berbukit, tarik brek tangan.
  • Jika mahu bergerak daripada gear N, masukkan dulu gear D sebelum melepaskan brek (jangan lupa pula brek tangan).

MASALAH KOMPONEN?

Sebenarnya, sama ada anda kekal dalam gear D atau menukar N, ia tetap melibat penggunaan komponen transmisi.

  • Jika dalam gear D, transmisi anda sebenarnya sedang dalam operasi kerja. Jadi kehausan komponen transmisi, roda dan brek boleh berlaku.
  • Jika dalam N pula, kekerapan menukar D-N-D boleh menyebabkan kehausan komponen, terutama bahagian transmisi akibat geseran.
  • Apapun, isu ini tidak harus dirungsingkan asalkan anda berhati-hati dan cermat. Ini kerana komponen seperti transmisi kereta moden hari ini sudah sedia dicipta untuk tahan lasak. Namun, berpada-padalah.

Dipasaran tempatan, banyak model kereta hari ini, terutama segmen-C ke atas sudah sedia dilengkapi ciri AHB. Malah model segmen B pun kini diberikan ciri AHB seperti Proton X50, Honda HR-V, Honda City RS, Honda City Hatchback RS, Perodua Alza AV.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak
BACA >>> Permintaan Ditunaikan, Toyota GR Supra Akan Ada Gear Manual!

apa nak buat autotainment Berhenti Lampu Isyarat Gear Tepat Ketika Berhenti Lampu Isyarat Kekal N atau Tukar D di Lampu Isyarat? Roda4 tahukah anda Tip Auto
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025
Roda4

Toyota Vellfire HEV 2026 Kini di Malaysia, Harga RM549,800!

13/01/2026
Kia EV2 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!

12/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.