Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Baca dan Fahamkan Graf Dyno?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Baca dan Fahamkan Graf Dyno?

WahidBy Wahid30/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA mungkin akan jumpa lembaran graf dalam paparan teknikal motosikal yang dihasilkan selepas sesebuah model dua roda itu diuji atas mesin dyno.

Graf tersebut biasanya akan menunjukkan dua garisan. Satu garisan menunjukkan tork (torque), dan satu lagi menunjukkan kuasa (power) enjin. Kuasa akan ditunjukkan dalam unit hp (horsepower), bhp (brake horsepower) atau kW (kilowatt), manakala garisan melintang bawah graf itu pula menunjukkan ligatan atau rev (RPM) enjin.

Graf dyno membolehkan kita mentafsirkan karakter prestasi sesebuah enjin sama ada motosikal itu jenis lebih pikap atau kelajuan tertinggi (top speed), ataupun pikap pada RPM pertengahan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Tork Penting untuk Kenderaan?

1. DI MANAKAH TORK MEMUNCAK?

Kedudukan garis tork memuncak akan memberikan kita gambaran mengenai daya pecutan motosikal tersebut.

Tork Memuncak pada RPM Rendah

Kita ambil contoh enjin V-Twin Harley-Davidson. Berdasarkan graf di atas, tork memuncak sebaik sahaja selepas 2,000rpm lagi. Itu bermaksud penunggang hanya perlu memulas terotel untuk memecut tanpa perlu menukar gear.

Tork Memuncak pada RPM Lebih Tinggi

Sebaliknya, graf di atas menunjukkan prestasi enjin Ducati Panigle V4 S. Tork memuncak pada hampir 12,000rpm, tetapi mula memuncak daripada 9,000rpm. Ini bermaksud penunggang harus meligatkan enjinnya dengan laju untuk dapatkan pecutan yang betul-betul kuat.

2. DI MANAKAH KUASA ENJIN MEMUNCAK?

Kuasa Memuncak pada RPM Rendah

Kita lihat graf di atas tadi sekali lagi. Kuasa enjin itu memuncak sekitar 4,600rpm. Ini bermaksud motosikal itu akan memecut kuat pada permulaan, tapi seakan kehilangan pecutan dan top speed apabila RPM sampai ke 4,500rpm. Hasilnya, motosikal itu tidak mempunyai daya untuk sampai ke top speed lebih tinggi.

Kuasa Memuncak pada RPM Lebih Tinggi

Sebaliknya, garisan yang memuncak pada RPM lebih tinggi menggambarkan enjin berkuasa maksimum lebih tinggi. Ini kerana kuasa dihasilkan mengikut RPM, iaitu RPM tinggi menghasilkan kuasa lebih tinggi, manakala RPM rendah menghasilkan kuasa lebih rendah. Kuasa lebih tinggi bermaksud motosikal itu akan dapat top speed lebih tinggi.

BACA >>> Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

3. BERAPA TAJAM DAN LANDAI GRAF ITU?

Berapa landai atau curam graf itu menunjukkan sama ada enjin berkenaan memberikan tork dan kuasa yang lancar, tiba-tiba, atau tersentak-sentak.

Garisan yang Landai

Garisan landai menunjukkan enjin memberikan respons terotel lancar. Ini boleh dilihat khususnya jika garisan tork berupa dataran tinggi, iaitu curam di kedua-dua hujung, tapi landai di bahagian tengah.

Garisan yang ‘Curam’

Sila perhatikan graf di atas pula. Enjin itu tidak menghasilkan banyak tork dan kuasa pada mulanya. Sebaliknya, kedua-dua garisan mula mendaki tinggi dengan ketara bermula sekitar 5,000rpm. Ini menunjukkan enjin itu harus diligatkan ke RPM lebih tinggi untuk mendapatkan tork dan kuasa.

Penunggang motosikal tersebut perlu menukar gear lebih rendah jika kelajuan enjin berada pada RPM lebih rendah apabila hendak mendapatkan pecutan lebih kuat. Selain itu, motosikal itu juga seakan melonjak apabila kelajuan enjin sampai 5,000rpm dan ini ialah karakter kuasa enjin 2-lejang.

NOTA: Graf kami paparkan ini menunjukkan RPM yang dibahagi kepada julat 500rpm. Jadi, garisan tidak nampak curam jika dibandingkan graf dengan julat 1,000rpm.

4. PERBEZAAN RPM ANTARA PUNCAK TORK DAN KUASA

Perbezaan ini ialah aspek yang sering tidak diberikan perhatian. Dalam istilah mudah difahami, kuasa enjin akan ambil alih tork apabila enjin dipecutkan.

Perbezaan yang Besar

Sila perhatikan graf di atas. Tork enjin dwi-silinder KTM 790 Adventure memuncak pada sekitar 6,500rpm, dan kuasa memuncak pada sekitar 8,200rpm, manakala perbezaan RPM ialah 1,700rpm.

Ini menunjukkan enjin tersebut ada ‘kuasa lajak’ dari puncak tork hingga puncak kuasa. Motosikal itu akan memecut lagi apabila terotel dibuka pada 6,500rpm hingga 8,200rpm.

Perbezaan yang Kecil

Sila perhatikan graf enjin 2-lejang tadi. Tork memuncak pada 9,500rpm, manakala kuasa memuncak pada 9,700rpm dengan perbezaan hanya 200rpm. Ini bermakna motosikal tersebut tidak dapat dipecut lagi apabila sampai pada RPM itu.

PENUTUP

Kita sering mengabaikan graf dyno kerana kita lebih cenderung melihat kuasa maksimum, sekali gus menyebabkan kita rasa ‘down’ apabila tiada pecutan kuat pada peringkat permulaan dan pertengahan. Ataupun kuat pecutan, tapi tidak pula pada peringkat akhir (top speed).

Penulis kongsikan pengalaman berkonvoi dengan pemilik Harley-Davidson. Ketika itu saya menunggang Honda CBR1000RR Fireblade. Enjin rakan Harley hanya meligat sekitar 1,500rpm berbanding enjin Fireblade saya yang meligat sekitar 6,000rpm pada halaju 110kmj.

Selain itu, motosikal mereka meluru tangkas dan cepat ke depan setiap kali terotel diperah. Sebaliknya, saya terpaksa menunggu sampai RPM lebih tinggi untuk dapat rapat. Fireblade saya hanya berada di depan apabila kelajuan mencapai lebih 160kmj kerana ada kuasa maksimum lebih tinggi.

Jadi kami berharap anda lebih arif dalam meneliti carta dyno pada masa akan datang. 😊

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

apa nak buat autotainment Baca Graf Dyno Carta Dyno Dyno Motosikal Graf Dyno Mesin Dyno
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.