Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

Abang HirataBy Abang Hirata14/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK lama lagi ramai rakyat Malaysia, terutama penganut Islam akan bercuti sempena Aidilfitri. Peluang tersebut akan diambil masing-masing untuk bercuti sama ada pulang ke kampung halaman, bersiar-siar, dan sebagainya. Ini secara langsung meningkatkan kadar trafik jalan raya.

Apabila berada atas jalan raya dalam tempoh masa lama, pengguna akan terdedah kepada pelbagai risiko bahaya akibat faktor dalaman atau luaran.  Antara contoh faktor dalaman ialah badan rasa penat dan kemudian mengantuk.

Dalam situasi itu, apakah harus dilakukan? Berhenti sekejap boleh membantu, tetapi hakikatnya senario tersebut lebih besar daripada jangkaan.

Ketua Piawaian Pemandu dan Tunggangan IAM RoadSmart, Richard Gladman berkongsi tip bagaimanakah cara mengelak bahaya tertidur ketika memandu. IAM RoadSmart ialah persatuan kebajikan tentang keselamatan jalan raya terbesar di Britain yang menganjurkan pelbagai kursus dan kempen dalam menambah baik standard tunggangan dan pemanduan, serta keselamatan jalan raya.

BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

Berikut fakta dan tip tentang mengantuk ketika memandu yang perlu kita tahu:

1. Penat melampau boleh menyebabkan pemandu terlelap (micro-sleeps). Apa yang berlaku ialah pemandu mengantuk dan tertidur dalam tempoh beberapa saat atau hingga 30 saat. Kereta yang dipandu dalam kelajuan 31kmj akan bergerak hingga 31 meter sesaat dan mengundang risiko kemalangan serius sekiranya pemandu terlelap atau tertidur.

2. Kesan akibat kehilangan satu atau dua jam waktu tidur malam secara kerap boleh menyebabkan sindrom mengantuk kronik masa ke masa. Mesti rehat secukupnya, dan pastikan diri rasa bertenaga dan sihat sebelum memulakan perjalanan.

3. Pastikan kerap mengambil sela rehat, dan cuba bahagikan perjalanan memandu jauh untuk laluan panjang dan membosankan. Sebaiknya, berhenti rehat sekurang-kurangnya setiap dua jam, penting untuk berehat sebelum rasa mengantuk datang.

BACA >>> Suami Kumpul Koleksi Swafoto dengan Isteri Sedang Tidur Ketika Dia Memandu

Bawa-bawalah temankan pemandu bersembang.

4. Jika perlu, rancang berehat semalaman. Jika terlampau mengantuk untuk memandu, cari tempat penginapan dan berehat. Dengan ini anda akan bangun tidur dengan segar, nikmati sarapan pagi dan teruskan perjalanan. Mengambil kafein mungkin sesuai untuk seketika, dan bukan ganti kepada tidur yang sempurna.

5. Anda mesti rasa penat selepas seharian bekerja. Jadi, elakkan memandu jauh selepas waktu bekerja. Perjalanan lebih elok dimulakan awal dan ketika berada pada tahap kesiagaan tinggi.

6. Jika boleh, elakkan memandu antara dua waktu puncak mengantuk. Waktu tersebut ialah jam 3-5 pagi, dan 2-4 petang.

7. Jika di bawah pengaruh ubat ditetapkan, dapatkan nasihat doktor sama ada boleh memandu atau tidak. Jika ubat daripada kaunter (farmasi atau klinik), baca arahan atau minta nasihat ahli farmasi.

Jangan tiru aksi ini!

Menurut Gladman lagi, orang yang paling cergas pun memerlukan tidur teratur untuk berada dalam kondisi kesihatan fizikal dan mental terbaik.

“Memandu memerlukan tumpuan penuh setiap masa dan jika anda penat, kemampuan kekal fokus akan berkurangan. Bahagian dalaman kita (circadian rhythm) biasanya ditetapkan mengikut gaya hidup kita, perhatian yang lebih diperlukan apabila memandu pada waktu yang badan sepatutnya berehat.

“Jika perlu, berhenti, segarkan badan dan rehat jika perlu,” tambahnya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Auto Terkini IAM RoadSmart Mengantuk Mengantuk Ketika Memandu Pemandu Mengantuk Richard Gladman tahukah anda
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.