Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Bas Persiaran Terlibat Nahas di Genting Highlands
Auto Terkini

APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Bas Persiaran Terlibat Nahas di Genting Highlands

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pihaknya mengambil tindakan membatalkan lesen pengendali sebuah syarikat susulan insiden kemalangan bas persiaran di Genting Highlands, Bentong di Pahang pada 29 Jun lalu.

Pengumuman menerusi kenyataan itu diambil selepas siasatan APAD mendapati syarikat tersebut tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan.

Kenyataan akhbar menyatakan:

APAD memandang serius insiden kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelancong warganegara China seramai 18 orang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu di KM16.6 Jalan Genting Highlands, daerah Bentong, Pahang pada 29 Jun 2024.

“APAD melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) pada 9 Julai lalu memutuskan untuk membatalkan lesen pengendali Syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd. termasuk apa-apa permit kenderaan syarikat yang telah dikeluarkan APAD serta-merta atas kesalahan: Gagal mematuhi syarat lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan pemanduan secara berbahaya.

Semakan dengan agensi berkaitan juga mendapati syarikat ini turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi. Ditegaskan sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuatkuasa serta-merta.”

APAD menegaskan pendirian tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bas kemalangan genting highlands Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) Syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd.
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.