Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori
Auto Terkini

APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori

SyafieBy Syafie22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengendali bas di Malaysia

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang membangunkan pangkalan data bersepadu bagi menghimpunkan rekod dan maklumat lebih 60,000 pengendali syarikat bas dan lori di Malaysia, sebagai langkah memperkukuh keselamatan serta kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APAD, Masita Mat Isa berkata, sistem berkenaan dijangka dilancarkan suku pertama tahun depan, tertakluk kelulusan peruntukan Kerajaan.

Rekod Pemandu Disaring

Bas ekspres di Malaysia

Masita berkata, pembangunan sistem itu kini berada pada peringkat awal perolehan bajet daripada Kementerian Kewangan (MOF), dan akan dilaksanakan sebaik saja peruntukan diluluskan.

Sistem ini akan merekodkan maklumat pemandu dan menentukan sama ada seseorang pemandu bas atau lori layak memandu atau sebaliknya.

“Langkah ini akan memudahkan syarikat membuat semakan sebelum mengambil pemandu, selain mengelakkan pemandu berisiko daripada terus berada di jalan raya,” katanya.

Disepadu dengan Beberapa Agensi Penguat Kuasa

Masita berkata lagi, pangkalan data tersebut akan dihubungkan dengan beberapa agensi penguatkuasaan utama, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Integrasi itu bertujuan membolehkan semakan latar belakang pemandu dilakukan dengan lebih menyeluruh, termasuk aspek keselamatan, rekod kesalahan dan penyalahgunaan dadah.

Sistem Libatkan Semua Pemandu Pengangkutan Awam

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membangunkan sistem pangkalan data melibatkan semua pemandu pengangkutan awam, termasuk bas ekspres dan bas persiaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sistem itu akan dibangunkan APAD bagi memudahkan pihak berkuasa menyemak rekod lampau pemandu bermasalah, seterusnya menyenaraihitamkan mereka daripada terus mengendalikan kenderaan awam.

Tindakan Punitif Meningkat 33 Peratus pada 2025

Dalam perkembangan berkaitan, Masita memaklumkan, 659 tindakan punitif direkodkan sepanjang 2025 melibatkan sektor pengangkutan pelancongan.

Daripada jumlah itu:

  • 577 kes penggantungan lesen
  • 82 kes pembatalan lesen

Tindakan berkenaan melibatkan Lesen Pengendali, Permit Kenderaan atau Lesen Kenderaan. Angka tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2024 yang merekodkan 441 tindakan punitif, membabitkan 381 penggantungan dan 60 pembatalan.

Tahap Pematuhan Masih Perlu Diperkukuh

Masita berkata, sebahagian peningkatan 33 peratus tindakan punitif pada 2025 berpunca daripada pelaksanaan audit khas terhadap 500 pengendali.

Namun, situasi itu turut mencerminkan tahap pematuhan keselamatan dalam kalangan sebahagian pengendali masih belum memuaskan dan memerlukan pemantauan serta penguatkuasaan lebih tegas.

Ini menunjukkan keperluan untuk terus memperkukuh pematuhan keselamatan dalam industri pengangkutan awam,” katanya.

SUMBER: AstroAwani

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Auto Terkini bas ekspres lori Pangkalan Data Bersepadu APAD pengangkutan awam
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.