Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Kata Orang Kuat Ducati Motor Holding Tentang Ducati Malaysia?
Auto Terkini

Apa Kata Orang Kuat Ducati Motor Holding Tentang Ducati Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ramai tidak tahu kewujudan Ducati Malaysia adalah hasil kolaborasi dua entiti perniagaan yang saling menyokong dan percaya-mempercayai sejak lebih 20 tahun lama.

Jadi memang tidak hairan Malaysia mampu memiliki bilik pameran Ducati kedua terbesar di rantau Asia Tenggara yang terletak di Petaling Jaya, tahun lalu. Maknanya, Malaysia ada permintaan tinggi terhadap motosikal jenama Ducati yang dilihat pembeli sebagai produk dua roda berkualiti dan berprestij tinggi.

Bagi mengetahui lebih mendalam status Ducati di Malaysia, apa kata kita baca temu bual dengan Pengarah Jualan Global dan Servis Selepas Jualan Ducati Motor Holding, Francesco Milicia.

Berapakah lama Ducati sudah bekerjasama dengan Next Bike Sdn Bhd dalam pasaran Malaysia?

Ducati Motor Holding dan Next Bike Sdn Bhd ada hubungan rapat sejak awal 2000. Hasilnya, bilik pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara dibuka di Petaling Jaya tahun lalu. Premis ini mempunyai keluasan 21,339 meter persegi, meliputi operasi Jualan, Servis dan Alat Ganti.

Apakah Ducati lakukan untuk meraih pencapaian ini pada 2020?

Ini hasil kerja yang sudah bermula sejak Ducati buat keputusan untuk masuk pasaran ini (Malaysia). Selepas mengenal pasti Malaysia sebagai sektor berpotensi tinggi, kerjasama dengan Next Bike Sdn Bhd dinamakan Ducati Malaysia dalam domain umum.

Ducati Malaysia membina nama dengan sebuah pejabat dan pasukan tempatan, sentiasa mengimport semua barisan produk, membina jaringan pengedar sesuai dan mempromosikan jenama dengan inisiatif khas buat pelanggan.

Situasi norma baharu yang bermula tahun lalu membuatkan Ducati Malaysia menjurus kepada ruang digital dengan lebih giat. Kempen pemasaran digital dipertingkat dengan menghasilkan prestasi sangat baik dalam kondisi pasaran yang amat merugikan.

Adakah pengedar sini sama seperti Itali? Berapa banyak? Lokasi?

Pengedar Ducati Petaling Jaya sama seperti pengedar lain seluruh dunia dan mengikuti Identiti Korporat Ducati, satu bahagian penting untuk jenama ini. Setakat ini, Ducati mempunyai tiga kedai jenama tunggal di kawasan urban utama iaitu Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Penang untuk cawangan utara. Bergantung kepada keperluan pasaran, penambahan jaringan akan dipertimbangkan.

Pengarah Jualan Global dan Khidmat Selepas Jualan Ducati Motor Holding, Francesco Milicia.
Apakah perbezaan antara pelanggan Malaysia dan Eropah? Apakah permintaan dan cita rasa mereka? Bagaimanakah motosikal Ducati dilihat?

Pasaran Malaysia boleh dikatakan sangat dinamik, pantas dan responsif. Pelanggan di sini sangat sensitif kepada inovasi, eksklusiviti, nilai intrinsik kenderaan dan nilai jenama itu sendiri. Pelanggan juga mempunyai jangkaan tinggi dengan aspek kualiti dari segi produk dan servis sebagai keperluan utama. Penunggang premium, seperti penunggang Ducati di Malaysia adalah pengalaman keseronokan menyeluruh dan cara seseorang itu melepaskan diri dari kehidupan seharian yang biasa.

Kegunaan utama motosikal adalah untuk perjalanan ke luar bandar dan kami nampak ada peningkatan minat terhadap aktiviti trek. Pelanggan Malaysia membeli Ducati sebagai simbol status yang membolehkan mereka memberikan imej avant-garde dan bertemu orang lain dengan minat dan kedudukan sosial sama.

Ducati sudah bersaing dalam kelas premier MotoGP sejak 2003. Syarikat ini memenangi Kejuaraan Dunia kategori Pengeluar 2020 dan Juara Dunia musim 2007, menang kategori penunggang dan pengeluar. 

Dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Ducati menang 17 kejuaraan pengeluar dan 14 kejuaraan pelumba dengan mengumpul lebih 300 kemenangan. Ducati ialah pengeluar motosikal yang menang kejuaraan terbanyak sejak bermula siri Superbike untuk pengeluar pada 1988.

Apakah kursus dan aktiviti dianjurkan Ducati Malaysia?

Ducati Malaysia mempunyai beberapa aktiviti yang bukan saja menghubungkan pemilik Ducati sedia ada, tetapi prospek baharu menerusi tiga kunci utama. Pertama, sempena pelancaran baharu, Ducati Riding Experiences (DRE) yang akan diadakan sepanjang tahun untuk mendidik penunggang menunggang off-road dan multiabiliti Multistrada V4 baharu. 

Kedua, Ducati Track Days sedang dirangka untuk menangani keperluan aktiviti trek yang meningkat. Program ini membolehkan pemilik Ducati merasakan kuasa penuh motosikal mereka. Ketiga, program lebih santai, iaitu Ducati Red Weekends yang akan mengiringi tunggangan hari minggu bermula dari kedai perdana di Petaling Jaya ke mana-mana saja.

Apakah model Ducati terlaris dan menjadi kegemaran orang Malaysia?

Rakyat Malaysia lebih suka model tertinggi. Salah satu model terlaris 2020 ialah Ducati Panigale V4 S. Pelanggan Malaysia segera membeli model ini kerana prestasi dan spesifikasi yang hebat. Selain itu, model Monster 821 dan Hypermotard 950 ialah dua lagi model terlaris.

BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

Adakah wujud Kelab Pemilik Ducati Desmo?

Ya, kami ada DOCM (Kelab Pemilik Ducati Malaysia) dengan kerjasama pengedar Ducati Petaling Jaya dan mereka bekerjasama rapat untuk membina pengalaman Ducati. Ahli kelab juga rapat satu sama lain. Buah mulut daripada teman dan keinginan menyertai komuniti baharu adalah sebab utama membeli Ducati. Setakat ini, DOCM ada 750 ahli aktif. 

Apakah inisiatif baharu dalam perancangan 2021?

Tahun ini kami akan kembangkan aktiviti yang sudah dilakukan tahun lalu. Bagaimanapun, Malaysia negara yang sentiasa memerlukan format baharu. Jadi, penting untuk menawarkan sesuatu di luar kebiasaan. Jadi, kami akan menguatkan pengalaman digital untuk pelanggan dan peminat.

Kami akan bekerja menjadikan jenama Ducati lebih eksklusif melalui kolaborasi berprestij dan memulakan projek baru dalam dunia touring. Ini untuk menyokong kehadiran produk baharu hebat seperti Multistrada V4.

Kemudian, MotoGP akan kembali ke Sepang Oktober ini selepas tiada dalam kalendar tahun lalu. Selain perlumbaan hebat, Ducati Malaysia akan bersedia mencipta pengalaman Ducati MotoGP menakjubkan untuk menyokong Ducati Lenovo Team. Sila tunggu!

BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?
BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!

Bilik Pameran Ducati Malaysia Ducati Ducati Lenovo Team Ducati Malaysia Ducati Panigale V4 S Ducati Petaling Jaya Francesco Milicia MotoGP Multistrada V4 World SBK
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.