Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apa Bikin Lepak Lama-Lama di RnR? Inilah Jawapan PLUS
Autotainment

Apa Bikin Lepak Lama-Lama di RnR? Inilah Jawapan PLUS

Han OthmanBy Han Othman12/10/20166 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

plus-jawab-caj-penalti-lama
BEBERAPA hari lepas kecoh pasal kes viral seorang pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dikenakan Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT). Bagaimanapun, PLUS dalam satu kenyataan semalam yang disiarkan Berita Harian mendakwa caj penalti cuma diberikan jika pengguna gagal memberikan alasan munasabah selepas didapati duduk melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

Bagi membuktikan dakwaan itu, PLUS menegaskan memiliki semua rekod yang menyebabkan seseorang pengguna itu duduk melebihi tempoh sebenar perjalanan mereka di lebuh raya seperti kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuh raya, kemalangan dan kerosakan kenderaan. Malah, rekod itu dirujuk dan disemak petugas tol sebelum penalti LJT dikenakan.

Sebagai contoh, menurut PLUS, perjalanan mengikut kadar kelajuan antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya 30 minit. Jumlah itu kemudian ditambah menjadi dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

Jika pengguna itu keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan dan bukti munasabah, penalti LJT boleh dikenakan. PLUS juga akan membayar balik jumlah penalti jika pengguna dapat mengemukakan bukti, tegas PLUS.

HAPUS MANIPULASI KAD TRANSIT

Menurut PLUS lagi, langkah tersebut dibuat bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan lebuh raya kendaliannya. Antara taktik adalah menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

Justeru bagi memastikan perkara itu tidak terjadi, penalti LJT terpaksa dikenakan. Kiraan dibuat berdasarkan waktu masuk dan keluar dari lebuh raya dengan panduan formula atau pengiraan ditetapkan.

Kenyataan PLUS itu ialah respon kepada status Facebook viral yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan (gambar atas) yang mendakwa dikenakan penalti RM6.40 ketika menggunakan lebuh raya PLUS antara Gurun dan Pendang. Menurut Damar, dia berhenti rehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

APA PULA PANDANGAN KAMI?

rnr-gurun
Tindakan dan alasan PLUS sangat munasabah dan patut disokong kerana membabitkan kelancaran penggunaan perkhidmatan lebuh raya itu. Bayangkanlah tiada sebarang penalti atau denda dikenakan, sudah tentu sesiapa saja boleh melepak dan berkelah di lebuh raya sesuka hati mereka.

Seperti dimaklumkan PLUS, jarak masuk-keluar dari Gurun ke Pendang sepatutnya setengah jam (30 minit) saja. Secara logik, apakah munasabah pengadu berehat (atau tidur) lama di lebuh raya yang jarak perjalanan masuk-keluar cuma 30 minit?

Analogi lain, isteri menyuruh anda ke kedai runcit di hadapan rumah yang berjarak 20 meter sahaja. Tetapi, anda cuma pulang ke rumah dua jam kemudian. Padahal urusan pergi-balik kedai itu sepatutnya selesai dalam masa 15 minit sahaja. Apabila ditanya isteri pergi mana, boleh pula anda mengamuk tidak ingat dunia. Maklumlah, dah terkantoi melepak kedai kopi sambil main dam haji.

Pengadu mungkin juga sudah memandu lama, cuma dia rasa mengantuk dan mahu berehat sebaik saja masuk lebuh raya PLUS. Kalau benar, kemukakan bukti seperti foto selfie ketika memandu, resit tol atau apa saja sebagai bukti anda sudah lama memandu pada hari sama.

PLUS tidak dapat memberikan ihsan berasaskan andaian semata-mata kerana tindakan itu akan mengundang manipulasi penipuan di kalangan pengguna lebuh raya lain. Nanti berkerumun orang datang buat tuntutan hanya berikan alasan air liur. Kita kena rasional dan profesional.

Kalau memang tiada alasan, anggap saja caj penalti tersebut sebagai bayaran anda menginap lama di RnR. Bolehkan? Duduk hotel murah sekali check-in pun sudah berpuluh ringgit. Apalah sangat kena caj 6-7 ringgit. 😛

Auto Terkini caj penalti berehat lama Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) LJT Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) PLUS RnR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

18/03/2026
Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
Trak dan Lori

Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

18/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026

6 Comments

  1. Pengguna on 13/10/2016 04:46

    Lebuh raya berbayar… rehat lama pun kena bayar lagi?? Aduhaiii…

    Panalti yg dikenakan tidak akan mampu mengurangkan kadar trafik d lebuh raya.. ianya akan menyebabkab pemandu tergesa2 semasa d lebuh raya bagi mengelak dikenakan penalti, situasi ini akan menyumbang kepada lebih kesesakan dan boleh menjadi faktor berlakunya kemalangan..

    Reply
    • AO on 14/10/2016 02:19

      Cara ini berkesan di UK. Mungkin boleh cuba di Malaysia. 😉

      Reply
  2. farzfairuz on 14/10/2016 23:53

    Rm6-RM7 tu mahal tau x.. mmg lah murah bg plus.. pd org lain mcm mne pula, asenye bde ni kne semak balik dgn teliti, pd sylah kan penalti utk jarak pejalanan tu x kurang 3jam utk jarak 30km dan tiada kwasan rehat.. ambil kira cara pemanduan dan ape2 masalah yg lain.. xkisah sakit perut cirit ke apew ke what everlah kan.. tp bile ada kwasan rehat x kisah lah dia bau masuk ke jarak dia kuar dekat sgt kew… xlebih dari 6jam untuk 30km kne amik kira makan berak tggu anak bini bapak makcik pakcik paksu maksu makan lg.. apew2lah nk rehatkan otak untuuk pejalanan kew apew kew… aku bukan nk amik kisahlah yee tp aku sendiri pon kdg mengantuk n tidur kat kt rnr… lebih 3jam nk balik melaka, so nk kne jgk pnalti kew.. pikirlah sbb kan mcm ni akan mengundang tergesa2 org utk elak dari penalti dan ini akan menyebab risiko kemalangan lg meningkat… xpercaya? Cuba kaji balik? Klu bolehlah kan cuba tanye org yg memandu nk x bayar tol? Kompom xnk tp terpakse sbb nk cepatt ok fine, Tp bile ada diskaun pd lebuh raya yg buat time raya lg berduyun org lalu hightway dari biasa sbb apew, sbb murah betuul x? Tp klu amik kira dgn penalti n dlm masa yg singkat utk kejar masa bape kelajuan di buat utk kejar masa tu? N kes jem sbb eksiden dh nk pikir pulak oh x kira td ade eksiden.. bape lama pula juru tol tu nk pikir ok ke x ke nk tanye kwn or pengurus ok ke x kew.. sbb bde bodoh mcm ni? Ok lg satu mcm mne. Plk yg pakai tngo dan smartag? Kne pula kridit dlm tu rm20 kiralah dari tol sg besi ke ayer keroh klu standart rm16.50 so klu dh kne charge dh nk pikir kne charge masa bapa lama td lepak dh x pasal kne beratur tambah nilai pasal apew? Pasal nk bayar penalti bodoh plus wat ni…. so kt situ dh jd apew? So pikir dulu… ase x perlulah kena penalti ni.. klu nk jgk xlebiih 12jam tu logiklah… sbb melampaulah lah kan dari k.l ke jb 12jam? Klu xde jem 12jam kew?. aku ase sejam lebih pon leh sampai.. ye dak? So sy x setuju pd charge yg penalti plus wat ni.. sekian..

    Reply
    • farzfairuz on 15/10/2016 00:04

      Cuba berfikir utk beri keseronokan dan kesenangan bukan beri tekanan dlm memandu di lebuhraya…kang xpasal jd pusara lebuhraya… (EHH ITU LAGUUU) hehehehe

      Reply
      • AO on 17/10/2016 23:43

        Adik masuk kursus mengeja bagi betul dulu, kemudian datang balik kita berbincang ok

        Reply
        • farz on 15/03/2018 13:13

          nk tulis full msk examlah bro…

          Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.