Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Alza Langgar Motosikal, Pembonceng Warga Emas Maut Putus Kaki Kanan
Auto Terkini

Alza Langgar Motosikal, Pembonceng Warga Emas Maut Putus Kaki Kanan

FikriBy Fikri07/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG warga emas maut apabila motosikal yang dibonceng terbabit nahas jalan raya di KM27 Jalan Tawau-Semporna, Sabah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, nahas berlaku jam 3.55 petang melibatkan motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Mangsa berusia 70 tahun membonceng motosikal ditunggang seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Inderasabah menghala Kampung Block 31 sebelum dilanggar Alza yang dipandu seorang lelaki berumur 45 tahun bersama seorang penumpang dari arah Lapangan Terbang Tawau menuju pusat bandar.

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca tindakan penunggang motosikal yang secara tiba-tiba mengubah haluan.

Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu MPV tidak sempat mengelak dan melanggar tayar belakang sebelah kiri motosikal hingga menyebabkan kedua-dua mangsa terseret ke bahu jalan.

Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat parah dan putus kaki kanan, manakala penunggang cedera kepala. Pemandu dan penumpang MPV pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jalan Tawau-Semporna kemalangan jalan raya Sabah
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.