Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong
Roda4

Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


FERRARI tahun lalu meraikan ulang tahun ke-70 sejak ditubuhkan pada 1947. Namun, pengasasnya, Enzo Ferrari dan pasukannya Scuderia Ferrari sudah berlumba lebih lama daripada itu. Sebelum menghasilkan kereta sendiri (dan tercetusnya Perang Dunia Kedua), Enzo asalnya berlumba dengan jentera Alfa Romeo dan tiada lain yang lebih penting selain Tipo B.

Antara jentera grand prix dalam tempoh ‘interwar’ (pasca Perang Dunia Pertama hingga Perang Dunia Kedua) paling berjaya, Tipo B juga ialah antara ‘monopostos’ (kerusi tunggal dalam bahasa Portugis) pertama yang menampilkan posisi pemanduan tengah yang kemudian menjadi karakter kepada mesin lumba hari ini.

Logo Ferrari dengan kuda, latar kuning dan bendera Itali.

Walaupun jentera itu mendapat sentuhan hebat pereka Itali terkenal, Vittorio Jano, tetapi krisis kewangan dihadapi Alfa Romeo pada 1933 memaksa pengeluar itu melepaskan Tipo B kepada Scuderia Ferrari. Jadi, majoriti 46 kemenangan yang dicapai terus menjadi milik pengeluar kereta mewah berlambang kuda dengan kaki ke atas itu. Ini termasuk 16 daripada 39 grand prix yang berlangsung pada 1935 dengan pemandu seperti Tazio Nuvolari, Rudolf Caracciola dan Louis Chiron.

KEMENANGAN BERTERUSAN

Contoh itu bergantian dengan nombor casis 5007 atau 50007 yang dipandu Richard Shuttleworth, juga seorang juruterbang British. Ferrari menang di Brooklands, menyinar dalam perlumbaan daki bukit di Shelsle Walsh dan paling utama ialah Grand Prix (GP) Donington yang menyaksikan Shuttleworth memandu Tipo B untuk mengalahkan dua jentera Type 59 Bugatti dan menang.

Tipo B, juga dipanggil P3, bersara pada akhir musim 1935. Walaupun meraih banyak kejuaraan, melebihi apa dicapai pasukan ‘Silver Arrow’ dari Jerman, yakni Auto Union dan Mercedesm Benz, tetapi model pengganti Tipo B itu masih gagal menyaingi kehebatan jentera hasil kejuruteraan Jerman.

Malah, Alfa langsung tidak lagi meraih sebarang kemenangan dalam litar lumba hingga tercetus era Perang Dunia Kedua. Enzo juga tidak memenangi apa-apa hingga perlumbaan bersambung pada 1950.

Inilah sebab kenapa Tipo B dikenang sebagai legenda. Dengan hanya satu masih terselamat hingga sekarang, lelongan  ini jelas sekali mewakili peluang yang sangat jarang berlaku. Tidak hairanlah, ramai menjangka harga model ini bakal mencecah £4.5-5 juta (kira-kira RM23 juta) apabila dilelongkan pada acara Goodwood Festival of Speed minggu ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Alfa Romeo Alfa Romeo Tipo B Enzo Ferrari Ferrari lelong Richard Shuttleworth Roda4 Scuderia Ferrari Vittorio Jano
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.