
SELEPAS lebih sedekad menyepi, pengeluar dari Itali, Alfa Romeo kembali semula ke Malaysia. Kali ini di bawah pengurusan pengedar bebas bawah Atlantis Motor Group, DLSB Partners Sdn Bhd.
Kembalinya Alfa Romeo ke pasaran tempatan bukan sekadar mahu menjual kereta, tetapi datang dengan misi lebih besar, iatu menghidupkan semula cinta pengguna Malaysia kepada pemanduan sebenar, berserta seni, budaya, dan jiwa pemanduan.
Debut kali ini menampilkan dua model:
- Alfa Romeo Giulia Veloce
- Alfa Romeo Stelvio Veloce
Alfa Romeo Mahu Malaysian ‘Drive Beautifully’

Pengarah Eksekutif, DLSB Partners, Datuk Douglas Cheng berkata, rakyat Malaysia sememangnya ada hubungan istimewa dengan Alfa Romeo.
Alfa bukan sekadar kereta. Ia bagi rasa, emosi, personaliti.”
Sementara itu, Stellantis ASEAN pula menegaskan kemunculan semula itu bukan sekadar strategi pasaran, tetapi ‘kebangkitan semangat’ untuk komuniti Alfisti.
Dua Model Pembuka Tirai: Giulia, Stelvio Veloce

Kedua-dua bukan model baharu global, tetapi antara model besar Alfa Romeo yang berjaya menghidupkan semula reputasi jenama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Malah,m lebih 94,000 pembaca automotif baru-baru ini memilih:
- Giulia: Pemenang kategori ‘Midsize Import’’ kali ke-8
- Stelvio: Pemenang kategori ‘Large SUV/Off-road Import’
i. Giulia Veloce: Sedan Sport Itali Paling Nostalgia
Giulia generasi moden ini ialah pewaris kepada salasilah Alfa Romeo selama lebih 50 tahun daripada Sprint GT hingga 156 dengan DNA lumba dan rekabentuk seni tetap mengalir.
Rekabentuk
- Fasia dengan gril Trilobo ikonik
- Lampu LED penuh matriks adaptif (Full-LED Adaptive Matrix) 3+3
- Rim 19 inci dengan kaliper brek Brembo merah
- Setiap lekuk badan menjalani ujian terowong angin yang bukan sekadar cantik, tetapi terbukti stabil
Enjin, Pemanduan
- Enjin 2.0L turbo berkuasa 280hp dan tork 400Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5.7 saat
- Konfigurasi pacuan roda belakang (RWD)
- Transmisi automatik 8-kelajuan
- Sistem suspensi Alfa™ Link
- Agihan berat seimbang 50:50
- Nisbah stereng 11.8:1, antara terpantas dalam kelas
- Syaf pacu (driveshaft) karbon
- Diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal Q2
Dalaman
- Paparan digital 12.3 inci
- Rekaan dashboard minimalis
- Tempat duduk sport + kemasan aluminium
- Suasana Italian craftsmanship yang simple tapi classy
ii. Stelvio Veloce: SUV yang Macam Kereta Sport
Dinamakan sempena laluan gunung paling ikonik di Itali, Stelvio ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Alfa Romeo, dan bukan SUV yang biasa-biasa.
Kuasa, Kawalan
- Enjin 2.0L turbo berkuasa 280hp
- Transmisi automatik 8-kelajuan
- Konfigurasi pacuan semua roda (AWD) pintar Q4
- Agihan berat seimbang 50:50
- Siatem suspensi Alfa™ Link, antara SUV paling lincah di dunia
Stelvio ialah SUV yang mampu memotong selekoh seakan sedan, tetapi kekal stabil dan praktikal sebagai kenderaan keluarga.
Kabin
- Kemasan kulit premium
- Kerusi sport
- Konsol tengah dengan elemen aluminium
- Ruang praktikal untuk famili dan perjalanan jauh
Pemilikan Eksklusif: Casa Alfa Romeo, Program Khas
Dengan kemunculan semula itu, Alfa Romeo Malaysia turut memperkenalkan Pusat 3S premium baharu yang terletak di Casa Alfa Romeo @ TREC Kuala Lumpur sebagai pusat jualan, servis, alat ganti dan juga hab komuniti Alfisti.
Antara program pemilikan eksklusif:
- La Bella Vita: Acara gaya hidup, grand tour, destinasi eksklusif, termasuk lokasi bersejarah seperti Museo Alfa Romeo
- Speed Dating (Track Experience): Untuk pemilik yang mahu merasai kemampuan Alfa Romeo di litar
- Alfa Concierge: Servis bantuan peribadi untuk pemilik baharu
- Famiglia Alfa Romeo: Sokongan kepada pemilik lama, dan model klasik menerusi:
- Juruteknik bertauliah
- Alat ganti tulen
- Bantuan tepi jalan
Tajaan Sukan
Alfa Romeo Malaysia turut menjadi penaja utama ITF World Tennis Tour M15 yang berlangsung 10 - 23 November 2025 di Pusat Tenis Kebangsaan.





















































































Leave a Reply