Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»15,000 Hilang Kerja Sebab Operasi Ekzos Bising di Indonesia
Auto Terkini

15,000 Hilang Kerja Sebab Operasi Ekzos Bising di Indonesia

ShawkathBy Shawkath14/02/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSATUAN Ekzos Indonesia (AKSI) meminta Kerajaan Indonesia menetapkan peraturan ekzos yang menepati Standard Nasional Indonesia (SNI).

Perkara itu diketengahkan kerana banyak syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) bimbang dengan serbuan Polis Indonesia dan semua jenis ekzos bukan dari pengilang asal yang dikategorikan sebagai bising atau kuat (brong).

Pengerusi AKSI, Asep Hendro berkata, pihaknya berharap usaha menstandardkan ekzos dapat direalisasi segera untuk membantu industri ekzos dan MSME terus berkembang.

Jika SNI ekzos dikeluarkan, AKSI menyatakan kesediaan memenuhi (piawaian) dengan had bunyi selamat dan selari peraturan berkaitan supaya rangkaian produk ekzos tempat menjadi lebih berdaya saing.”

Mengenai perkara itu, Asep dan beberapa wakil AKSI, serta Persatuan Motosikal Indonesia (IMI) bertemu Menteri Koperasi, termasuk SME untuk mengadakan perbincangan mengetengahkan aduan produk ekzos yang dikaitkan isu bising.

Menurutnya, ramai pengeluar ekzos tempatan atau aftermarket dikategorikan sebagai komponen ekzos bukan standard dan menyebabkan pencemaran bunyi.

Asep berkata;

Hanya ekzos tanpa silenser dipanggil brong sering memekakkan telinga.”

Pemandu kenderaan dengan ekzos yang tidak memenuhi standard SNI boleh dikenakan denda maksimum Rp250,000 (RM80) kerana bunyi bising.

Asep menambah, tindakan operasi dan serbuan pihak berkuasa terhadap ekzos bising turut memberi kesan terhadap pengeluar ekzos MSME.

Kita ada 20 jenama (ekzos tempatan) dan 15,000 kakitangan yang sudah dirumahkan (diberhenti kerja).”

Puncanya dikatakan dengan andaian komponen ekzos yang dihasilkan pihak terkesan adalah jenis ekzos bising yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan Kerajaan.

Asep juga mendakwa produk ekzos dihasilkan ahli AKSI adalah menepati peraturan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) mengenai had bunyi bising yang boleh dijadikan rujukan industri dalam pembuatan ekzos.

Beliau mengharapkan semua agensi berkaitan seperti Kementerian Industri, KLHK, Kementerian Pengangkutan dan Polis Indonesia dapat duduk semeja menetapkan syarat untuk ekzos yang memenuhi standard atau membentuk SNI.

SUMBER: GridOto

Asep Hendro Persatuan Ekzos Indonesia (AKSI) Persatuan Motosikal Indonesia Persatuan Motosikal Indonesia (IMI)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tampil Model Baharu AFEELA Prototype 2026, AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!

06/02/2026
Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Singer Guna Khidmat Red Bull Advanced Technologies, Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

05/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.