• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akhirnya Lampu Papan Tanda LTAPP Menyala Serentak!

Akhirnya Lampu Papan Tanda LTAPP Menyala Serentak!

July 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Lampu papan tanda LTAPP sudah menyala serentak
JIKA pernah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada waktu malam, anda mungki perasan papan tanda 'Penang International Airport' yang lampu tidak menyala serentak.

Namun kini, masalah itu sudah diselesaikan sepenuhnya dengan semua huruf pada papan tanda kembali menyala dan padam serentak.

Apa Jadi Sebelum?

Papan tanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)
Papan tanda LTAPP kini menyala dengan betul sepenuhnya.

Sebelum ini, tular gambar di media sosial menunjukkan huruf pada papan tanda di bahagian landasan LTAPP tidak menyala dengan betul. Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, ada menyifatkan isu tersebut sebagai:

  • Memalukan kerana LTAPP bertaraf antarabangsa
  • Tanggapan pertama negatif kepada pelancong asing
  • Petunjuk kurangnya penyelenggaraan pihak pengurusan

Ramai menggesa pengendali lapangan terbang tempatan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil tindakan segera bagi menjaga imej negeri dan negara.

Masalah Teknikal: 'Relay Timer' Tidak Selaras

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, MAHB sudah mengenal pasti punca iaitu sistem geganti pemasa (relay timer) yang tidak diselaras dengan betul.

Disebabkan penyelarasan tidak tepat, lampu huruf pada papan tanda menyala dan padam pada masa berbeza."

MAHB kemudian mengambil langkah segera menyelaras semula sistem dan kini lampu papan tanda berfungsi normal seperti sepatutnya.

MAHB Komited Jaga Imej, Keselamatan

Logo MAHB

MAHB komited memastikan pencahayaan dan kemudahan di lapangan terbang sentiasa berada dalam keadaan baik, selari peranan LTAPP sebagai salah satu pintu masuk utama pelancong ke Pulau Pinang.

Papan tanda lapangan terbang bukan sekadar hiasan, ia simbol profesionalisme dan persepsi pertama buat pelawat dari luar negara.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isu Lampu Papan Tanda, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev