CADANGAN projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) yang dianggarkan bernilai RM9.8 bilion masih belum dimuktamad, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan, lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Bharu itu memerlukan kajian mendalam, termasuk keupayaan pihak konsesi.
Proses tender masih belum dimulakan kerana perlu melalui permohonan cadangan (request for proposal, RFP), manakala kesediaan syarikat konsesi menyertai projek itu perlu dinilai, terutama dengan kadar tol dianggarkan RM70.
Ahmad turut mengesahkan projek LPT3 masih dalam peringkat awal tanpa keputusan muktamad kerana tidak semua 33 konsesi tol ketika ini memperoleh keuntungan.
Sementara itu, beliau juga mengumumkan 26 projek infrastruktur baharu di Sabah sudah diluluskan untuk 2024-2025 dengan perutukan kos RM18.62 bilion, dan RM1.59 bilion tahun ini.
Projek tersebut termasuk pembinaan jambatan, jalan baharu, dan pakej Lebuhraya Pan Borneo.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply