• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ahmad Fazrul Raih Hatrik Di Kangar

Ahmad Fazrul Raih Hatrik Di Kangar

August 16, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

CP130 Podium - P1 Ahmad Fazrul Sham P2 Ahmad Afif Amran P3 Zaqhwan Zaidi

AHMAD Fazrul Sham meraih gelaran hatrik pertamanya dalam karier perlumbaan CP130 setelah muncul juara pada perlumbaan pusingan ke-6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Selepas aksi kurang konsisten sepanjang beberapa musim lepas, pelumba Yamalube AHM itu kini tampil memperaga aksi terbaik meraih kemenangan ketiga selepas pusingan ke-4 di Terengganu dan ke-5 di Melaka.

Ahmad Fazrul Sham 11 heading the CP130 race in front of Ahmad Afif Amran 50

Fazrul berjaya menamatkan 18 pusingan perlumbaan di Perlis dalam cuaca hujan dengan masa keseluruhan 14'15.696s menewaskan pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran di tempat kedua.

Afif bagaimanapun harus diberi pujian setelah berjaya mempamerkan semangat juang tinggi apabila masih berupaya meneruskan perlumbaan dan mengekalkan kedudukan di kedudukan kedua sekalipun dua kali terjatuh sepanjang perlumbaan dan menamatkan perlumbaan dengan masa 14'20.048s.

Sementara itu, juara musim 2014, Mohd Zaqhwan Zaidi yang kembali beraksi di pentas Kejuaraan Cub Prix bermula pusingan ke-5 di Melaka setelah beraksi di Kejuaraan Moto2 Grand Prix Dunia sebelum itu berjaya menemui semula sentuhan setelah berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga dengan masa 14'20.422s.

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ahmad Afif Amran, Ahmad Fazrul Sham, CP130, CUB PRIX, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Mohd Zaqhwan Zaidi, Yamahalube AHM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my