• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ahmad Fazli Sham Juara CP130 Cub Prix Di Batu Kawan

Ahmad Fazli Sham Juara CP130 Cub Prix Di Batu Kawan

April 17, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Ahmad Fazli ShamAHMAD Fazli Sham catat rekod tersendiri apabila muncul sebagai pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menamatkan 18 pusingan dengan catatan masa 16’18.041s, iaitu 2.088s di hadapan pencabar terdekat, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing).

Manakala Md Azhar Abdul Jalil dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang pula menduduki tempat ketiga dengan masa 16’20.196s.

CP130-06_CubPrix Batu Kawan 2016Pada peringkat awal perlumbaan, dua pelumba muda, Hafiz Nor Azman dan Kasma Daniel Kasmayuddin bersaing sengit di hadapan sebelum masalah mekanikal memaksa Kasma menarik diri seawal pusingan ketiga.

Masalah itu bagaimanapun tidak memberi kelebihan untuk Hafiz menjarakkan diri di hadapan sebaliknya Ahmad Fazli berjaya merapatkan jurang sebelum memintas pelumba itu pada pusingan kelima dan mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.

CP130-02_CubPrix Batu Kawan 2016“ Jentera kami begitu pantas. Jika bukan sebab masalah mekanikal, sudah tentu kami dapat ulang kemenangan satu – dua di pusingan pertama dahulu.

" Meskipun Hafiz bermula dengan agresif, saya yakin dia tidak dapat untuk menjarakkan diri dan hanya menunggu peluang untuk memintas, namun selepas Kasma terpaksa menarik diri dari perlumbaan, saya terpaksa bertindak. Tidak lama selepas itu saya berjaya memintas Hafiz dan mendahului perlumbaan,” jelas Fazli.

Sehingga kini Fazli berada di kedudukan teratas dengan 45 mata diikuti Norizman 31 mata dan Kasma ketiga, 25 mata.

KEPUTUSAN:

CP130 (18 pusingan)

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 16’18.041s
2. Norizman Ismail (SGR) Honda 16’20129s
3. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’20.196s
4. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 16’20.468s
5. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 16’24.718s

KEDUDUKAN KESELURUHAN:

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 45 mata
2. Norizman Ismail (SGR) Honda 31 mata
3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) 25 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 22 mata
5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 22 mata

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ahmad Fazli Sham, Cub Prix 2016, CubPrix, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016, Litar Batu Kawan, Md Azhar Abd Jalil, Motor, Norizman Ismail, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900
    BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT - Harga Bermula RM64,900

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my