Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Adakah Kenderaan Anda Perlukan Aditif Bahan Api?
Auto Terkini

Adakah Kenderaan Anda Perlukan Aditif Bahan Api?

Han OthmanBy Han Othman22/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA macam-macam nama diberikan seperti gasoline additives, fuel treatments, fuel additives, atau gas treatments yang tujuannya cuma satu: menambah baik prestasi enjin kenderaan. Persoalannya, adakah kita memerlukan bahan aditif atau perawat bahan api untuk meningkatkan prestasi enjin kenderaan?

Begini,

Asasnya, tiada sebarang aditif bahan api diperlukan jika kenderaan kita masih baharu (atau berenjin baharu). Cara ini juga terpakai untuk kenderaan yang disenggara rapi dan berada dalam kondisi baik untuk bergerak. Maksudnya, kereta kita tiada apa-apa masalah.

BACA >>> Mahukan Enjin Turbo Panjang Umur? Lakukan 4 Tip Penjagaan Ini!
Bagaimanapun, jika kereta kita termasuk dalam kategori gagal disenggara dengan baik, lanjut usia, atau terabai, maka aditif bahan api kemungkinan besar dapat membantu melegakan masalah dihadapi enjin.

Faktanya, tidak ramai pengguna yang benar-benar dapat merasakan kesan penggunaan aditif tersebut, terutama jika memilih aditif bahan api jenis ‘semua dalam satu’ (all-in-one) yang kononnya dapat menambah baik hampir apa saja masalah enjin kereta anda.

PILIH ADITIF BAHAN API KHAS

Jika perlu membuat keputusan, lebih baik memilih aditif bahan api berkualiti dan spesifik yang dihasilkan untuk menangani satu-satu masalah enjin saja. Itulah produk aditif yang patut anda cari dan beli. Misalnya:

  • Jika mahu perawat bahan api yang mampu mencegah pemisahan petrol dan kakisan enjin (terutama jika kenderaan melahu lama), pilihlah penstabil bahan api @ fuel stabilisers.
  • Jika anda mahu atau perlukan aditif yang dapat mengurangkan masalah menghidupkan enjin, cari bahan penyahsumbat penapis bahan api diesel, terutama apabila enjin sejuk. Dapatkan aditif diesel anti-gel @ anti-gel diesel additives.
  • Jika mahu perawat yang akan melindungi (atau cegah) injektor bahan api daripada melekat bersama, cari pencuci injektro @ injector cleaner.
  • Jika anda mahu aditif yang dapat meningkatkan rating oktana bahan api kenderaan dan dapat melincirkan injap, cari buster oktana @ octane boosters.

Pilihlah perawat petrol khas supaya mendapat hasil lebih efektif untuk satu-satu masalah enjin. Apa diperlukan ialah patuhi arahan diberikan dan masukkan pelincir hanya mengikut amaun disarankan. Jangan lupa periksa manual kenderaan jika rasa was-was. Seeloknya isi aditif ketika petrol diisi, dan bukan ketika tangki kosong.

Hati-hati dengan produk yang mendakwa mampu menambah jarak perjalanan bahan api. Kononnya selepas menambah aditif tersebut, kereta anda boleh dipandu lebih dua kali ganda jarak normal. Kononnya juga, produk itu mampu menukarkan air kepada petrol atau mencampurkan kedua-duanya untuk memberikan lebih jarak pemanduan. Semua itu auta dan fiksyen belaka. Jadi, jangan mudah terpedaya!

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

Faktanya, aditif jenis itu langsung tidak dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Apa yang dilakukan sebenarnya ialah membersihkan enjin dengan menyingkirkan bendasing yang menyebabkan masalah penyumbatan. Ini secara tidak langsung membantu enjin kembali bekerja dengan efisien, sekali gus menambah baik proses kecekapan bahan api.

KESIMPULAN


Gunalah aditif bahan api dengan berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan propaganda jualan. Malah, anda juga perlu berwaspada dengan aditif khas untuk permasalahan enjin tertentu seperti yang kami sarankan di atas. Ingat, semua rawatan bahan api tetap bergantung kepada sebagus mana anda menyenggara enjin dengan baik dan konsisten.

Malah sebagai pemandu, anda pun pasti sudah sangat arif dengan tahap penggunaan bahan api kenderaan sendiri. Anda juga tahu bagaimana mahu menjimatkan minyak dan apakah yang menyebabkan kereta anda jadi ‘kuat makan minyak’. Semua pengetahuan itu sebenarnya lebih penting dan berguna daripada iklan produk-produk aditif yang membuatkan anda selalu terpesona dan terpukau.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tangan Kena Kotoran Minyak Kenderaan? Ikut Petua Murah dan Jimat Ini!

Jadi, langkah terbaik ialah jimatkan saja duit anda itu untuk digunakan sebagai bayaran servis penyenggaraan akan datang. Lebih baik mengikut jadual penyenggaraan seperti disarankan bengkel atau pusat servis, termasuk menggunakan alat ganti tulen atau berkualiti tinggi.

Aditif Aditif Bahan Api Aditif Diesel Aditif Petrol autotainment Bahan Api Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

12/06/2026
Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.