Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»ACO Tech Rai Ulang Tahun ke-5, Dedah Solusi Mobiliti Generasi Baharu untuk Masa Depan
Auto Terkini

ACO Tech Rai Ulang Tahun ke-5, Dedah Solusi Mobiliti Generasi Baharu untuk Masa Depan

Han OthmanBy Han Othman14/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT teknologi berpangkalan di Malaysia, ACO Tech hari ini meraikan ulang tahun ke-5 dalam membangunkan sistem mobiliti pintar untuk kenderaan.

Dalam majlis sambutan dinamakan ATLAS Re:Imagine, ACO Tech berkongsi dengan media, dan rakan kongsi mengenai solusi inovasi sistem mobiliti terkini yang dibangunkan berdasarkan maklum balas trend dan permintaan pengguna.

Hadir sama pada majlis yang berlangsung di Sentul Pavilion, Jalan Stratchan, Kuala Lumpur itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton dan Pengerusi ACO Tech, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah dan CEO ACO Tech, Li Pu.

Di majis itu, ACO Tech mempamerkan slaid mengenai sistem ATLAS versi termaju yang memuatkan ciri canggih seperti:

  • Ciri pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis.
  • Sistem respons kecemasan e-Call dan storan awan untuk sistem komunikasi kenderaan-ke-kenderaan (V2V) bagi membantu pengguna jika berlaku kemalangan atau gangguan trafik.
  • Buat pengguna EV pula, ACO Tech membangunkan ciri satu sentuhan (one-touch) menerusi aplikasi terbina dalam yang memudahkan pengguna mengesan lokasi stesen cas terdekat, membuat bayaran dan merancang perjalanan.

Sistem baharu dibangunkan ACO Tech itu bakal membantu meningkatkan keselamatan jalan raya, pengurusan trafik dan pengalaman pengguna.

Pada majlis sama, ACO Tech turut memperkenalkan logo baharu yang menandakan visi syarikat itu memasuki fasa inovasi seterusnya, iaitu dalam mobiliti pintar.

Li Pu (foto atas) berkata;

Ulang tahun kelima ini menandakan pencapaian signifikan dalam perjalanan kami dan terus menerajui solusi mobiliti pintar inovatif.

“Kami menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan teknologi baharu bagi memenuhi pemintaan pengguna masa kini dan masa depan.

“ATLAS Re:Imagine ialah janji kepada komitmen kami untuk memajukan teknologi dan memberikan nilai cemerlang kepada industri, memanfaatkan pelanggan, rakan kongsi dan negara.

“Logo baharu ini menyampaikan visi, hala tuju dan bergerak ke arah mobiliti masa depan.

“Kami berterima kasih kepada Proton, agensi Kerajaan, rakan kongsi dan pengguna ACO Tech atas sokongan berterusan dan keyakinan sepanjang lima tahun ini yang menjadi instrumen kepada kejayaan kami.”

ACO Tech ATLAS Auto Terkini Sistem Operasi ATLAS
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.