• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abang Viva Bakal Dapat 4x4 Tak Lama Lagi!

Abang Viva Bakal Dapat 4x4 Tak Lama Lagi!

January 3, 2022 By Farah Leave a Comment

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TANDA tanya netizen 'Abang Viva', atau nama sebenarnya, Azwan Omar bakal menerima kereta pacuan empat roda 4x4 akhirnya terjawab apabila pengasas kosmetik, Shalicious Empire Sdn Bhd, Sha Hassan bertemu wira tidak didendang itu di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

Berdasarkan status foto dimuat naik Sha Hassan dua hari lalu dengan kapsyen 'Alhamdulillah dipermudahkan', usahawan itu seakan memberikan bayangan sesuatu yang baik.

BACA >>> Tolak Hadiah Trak Pikap, Abang Viva Bimbang Tak Mampu Jaga 'Maintenance'

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Sebelum pertemuan itu, Sha Hassan, 29, terlebih dahulu menjelaskan salah faham yang berlaku di kalangan netizen dalam satu video. Menurutnya, Azwan tidak pernah menolak tawaran dihulurkan, sebaliknya memaklumkan akan menghubunginya selepas selesai membantu mangsa banjir di Pahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Sha juga menegaskan pemberian itu bukan teknik pemasaran, tetapi mahu memberi sumbangan kepada Azwan yang banyak membantu mangsa banjir. Katanya;

Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

"Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

"Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini. Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan."

Sebelum merakamkan video itu, Sha juga memberitahu sudah mendapatkan keizinan Azwan bagi menjelaskan kepada orang ramai mengenai pelbagai tanggapan yang dilemparkan netizen.

Sementara itu, Azwan juga menyiarkan rakaman langsung (live) di Facebook yang memaklumkan dia bakal menerima kereta pacuan empat roda (4x4) daripada pengasas kecantikan itu selepas menyelesaikan beberapa urusan minggu depan. Beliau turut mengharapkan orang ramai tidak lagi mengecam dan menuduh sesuatu yang tidak baik terhadap Sha.

Azwan dalam temu bual terdahulu mendedahkan kereta Viva yang digunakan untuk membantu mangsa banjir adalah milik kakaknya, dan dia pula hanya mempunyai motosikal.

BACA >>> 'Abang Viva' Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir

SUMBER: InstagramShaHassan

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 4x4, Abang viva, abang viva banjir, abang viva dapat kereta, abang viva viral, azwan omar, sha hassan hadiah kereta, Shalicious Empire Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my