VOLKSWAGEN Malaysia memperkenalkan model Golf facelift yang menerima beberapa penambahbaikan dari aspek kosmetik dan teknologi. Ia ditawarkan dalam dua varian; Golf Highline dan Comfortline.
HARGA:
- Volkswagen Golf Highline - RM159,888
 - Volkswagen Golf Comfortline - RM149,888
 
6 WARNA PILIHAN:
- Kelabu (Limestone Grey)
 - Merah (Sunset Red)
 - Putih (Pure White)
 - Hitam (Deep Black)
 - Biru (Pacific Blue)
 - Perak (Tungsten Silver)
 
Berikut adalah beberapa penambahbaikan dilakukan pada kedua-dua model Golf facelift;
- Sistem kemasukan tanpa kunci (KESSY)
 - Park Assist
 - Rest Assist
 - Rim Madrid bersaiz 17 inci
 - Lampu belakang LED
 - Tempat duduk sports bersama fabrik Mel Stripe
 
KUASA ENJIN DIPERTINGKAT:
Aspek prestasi, kedua-dua varian itu menerima peningkatan kuasa. Ia dijana unit enjin 4-silinder pancitan terus 1.4L TSI turbocharged yang mampu menghamburkan sehingga 148hp (naik 10hp) dan tork puncak 250Nm pada 1,500 hingga 3,500rpm.
Hasil bantuan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) 7-kelajuan, pecutan dari 0 hingga 100kmj mampu dibuat sepantas 8.2 saat dengan pecutan maksimum 216kmj.
Maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my
Leave a Reply