• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

April 22, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Almera
sudah berada di pasaran sejak 2011. Sedan subkompak ini sebenarnya ada banyak nama, seperti Sunny, Versa, Tiida dan Latio serta dijual di beberapa pasaran dunia dari negara membangun hingga negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Almera juga mempunyai tarikan dan peminat tersendiri hingga jangka hayat jualannya lebih lama berbanding model Nissan lain. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini melancarkan Almera Black Series, November tahun lalu.

BACA >>> Tan Chong Lancar Nissan Almera Black Series, Lebih Eksklusif dan Berpersonaliti

REKABENTUK LEBIH MODEN

Terkini, pengguna AS bakal ditawarkan Versa (Almera versi AS) baharu menerusi pelancaran model baharu pada 12 April lalu. Rekabentuk Versa baharu ini jauh lebih menarik dan moden berbanding generasi sedia ada yang konservatif.

Versa sangat penting buat Nissan seperti dimaklumkan Naib Presiden Operasi Jualan Nissan Amerika Utara;

"Versa ialah tanggapan pertama buat famili Nissan. Saya percaya apabila pelanggan lihat kereta ini buat kali pertama dan segala teknologi yang ada pada harga jualannya, mereka akan jadi sebahagian ahli keluarga Nissan sampai bila-bila."

Nissan sedang agresif memperbaharui produknya dan Versa ialah model ketiga daripada empat model popular dengan rekabentuk baharu dalam masa tujuh bulan. Versa akan berada dalam pasaran sedan dengan lebih lima juta pembeli AS setiap tahun. Malah sedan itu kekal sebagai pilihan popular dalam kalangan pelanggan generasi X dan milenia serta merentasi pelbagai kaum.

CIRI NISSAN VERSA (2019)

  • Dipacu enjin 1.6L berkuasa 122hp dengan transmisi Xtronic dan manual 5-kelajuan.
  • Rekabentuk baharu menampilkan profil badan lebih rendah, lebar dan panjang serta kekal dengan interior Versa yang luas.
  • Menggunakan identiti sedan baharu Nissan seperti gril V-motion, lampu depan dan belakang bentuk bumerang dan bumbung terapung.
  • Ciri-ciri tersebut membentuk sebuah kereta aras mula bertenaga, provokatif dan menarik seperti yang disebut pereka Nissan.
  • Dilengkapi teknologi keselamatan Nissan Safety Shield.
  • Ciri keselamatan standard ialah Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik, Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Bantuan Lampu Puncak (HBA).
  • Ada lapan pilihan warna, antaranya Electric Blue Metallic (biru), Monarch Orange Metallic (jingga) and Scarlet Ember Tintcoat (merah).

Persoalannya, bilakah Versa akan ditawarkan di pasaran lain atau hadir sebagai pengganti Almera? Masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana biasanya pelanggan Asean perlu menunggu antara 12-18 bulan sebelum model baharu dilancarkan secara rasmi.

Di Malaysia, kemasukan Versa aka Almera akan merancakkan persaingan pasaran sedan segmen-B dengan model-model menark seperti Toyota Vios baharu, Honda City (yang kini sudah memasuki kitaran akhir jualan) dan Proton Persona.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

GALERI

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Almera, Nissan Versa, Nissan Versa (2019), Roda4, Sedan, sedan segmen-B, sedan subkompak, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev