• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

#Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

April 20, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM dunia superbike, kuasa datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ujian prestasi paling mudah untuk menilai prestasi sesebuah model dua roda adalah berlumba drag atas jalan rata dalam jarak tertentu.

Tetapi ada yang kata drag bukan ujian sebenar keunggulan sesebuah motosikal. Benarkah? Jawapannya agak subjektif mengikut siapa yang anda tanya.

Asasnya, lumba drag boleh dianggap asas dalam menilai dan menguji keupayaan prestasi sesebuah motosikal. Ini kerana lumba drag bergantung sepenuhnya pada kemampuan enjin. Ada juga pengaruh lain seperti berat joki, kelajuan angin atau masukkan apa saja yang terlintas dalam fikiran, tetapi ia tetap bukan kesan signifikan yang mempengaruhi prestasi model yang ditunggang. Sebaliknya, lumba trek memerlukan kombinasi jentera dan skil penunggang.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Pecah Rekod Dunia 337kmj di Bonneville Speed Week

LIGHTNING LS-218
KAWASAKI NINJA H2

Sebab itu perlumbaan drag dikatakan pandu uji prestasi dan kekuatan sesebuah model. Ini jugalah penyebab utama kenapa banyak pengeluar berlumba-lumba mencatatkan pecutan 0-100kmj sepantas mungkin.

Video lumba drag pada penghujung artikel ini agak unik kerana melibatkan dua motosikal dengan pacuan enjin berbeza. Pertama, model perdana Kawasaki, Ninja H2 yang dikuasakan enjin supercas, dan kedua, Lightning LS-218, sebuah jentera elektrik yang semestinya tidak memerlukan tuan motor mengisi minyak. Aksi drag berlangsung di trek Sonoma Raceway, utara San Francisco.

Video kiri ialah Ninja H2 seberat 238kg, dikuasakan enjin empat sebaris 998cc supercas berkuasa 200hp dan tork 136Nm, manakala sebelah kanan ialah LS-218 seberat 225kg, dipacu motor elektrik 150kWh penyejukan cecair berkuasa 200hp dan tork 268Nm.

Dengan kamera dipasangkan pada pemuka, dua model prestasi tinggi itu berentap menamatkan perlumbaan epik sejauh suku batu (400 meter). Model manakah paling berkuasa?

Keputusannya, Ninja H2 jelas lebih berkuasa daripada LS-218 dengan beza masa 0.09 saat. Superbike Kawasaki untuk mencatatkan rekod kelajuan maksimum 238kmj, manakala model Lightning, 231kmj. Jom tonton video di bawah ini:

BACA >>> Lightning Strike, Superbike EV Terpantas Versi Jalanan dengan Posisi Menunggang Relaks

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, drag, Kawasaki, Kawasaki Ninja H2, Lightning, Lightning LS-218, lumba drag, roda2, superbike, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev