• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang - Kereta Sport Coupe Terlaris Dunia Tahun Keempat Berturut-Turut!

Ford Mustang - Kereta Sport Coupe Terlaris Dunia Tahun Keempat Berturut-Turut!

April 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD hari ini berada dalam mood menyambut ulang tahun Mustang ke-55. Bukan saja tahun istimewa, prestasi jualan Mustang juga cemerlang apabila dinobatkan kereta sport coupe terlaris dunia buat tahun keempat berturut-turut.

Dahulu Mustang hanya terhad untuk beberapa pasaran terpilih, tetapi model generasi baharu sudah boleh didapati di banyak negara dunia dari Australia hingga Peru. Mengikut data IHS Markit, jualan global Mustang sepanjang 2018 ialah 113,066 unit.

Mustang bukan saja mencatatkan rekod empat tahun berturut-turut, tetapi juga kereta sports coupe paling laris di Amerika Syarikat (AS) dengan jualan 75,842 unit. Prestasi jualan 2019 pun menunjukkan data positif di Eropah dengan angka 2,300 unit dalam tempoh suku pertama tahun ini, meningkat 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (2020) dengan Supercas V8 Berkuasa 700hp

Mustang ditawarkan di 146 negara pada 2018 dengan angka jualan global generasi ke-6 sejak 2015 sudah melepasi angka 500,000 unit. Daripada keseluruhan jualan, lebih 45,000 terjual di Eropah sahaja.

Ford Mustang.01
Ford Mustang.02
Ford Mustang.03
Ford Mustang.04
Ford Mustang.05
Ford Mustang.06
Ford Mustang.07

MUSTANG DI MALAYSIA

Seperkara menarik, pasaran tempatan turut ditawarkan dengan Mustang apabila SDAC Ford memperkenalkannya pada 2016. Ada dua model ditawarkan: 2.3L EcoBoost pada harga RM488,888, dan 5.0L GT V8 berharga RM598,888.

SDAC Ford kemudian membawa Mustang versi dipertingkat aka facelift untuk tontonan awam pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 pada November tahun lalu.

Nampaknya tontonan tersebut ialah indikator istimewa kerana terbaharu, laman web rasmi SDAC Ford sudah mengumumkan ketibaan Mustang 2018 dalam masa terdekat ini! Masa untuk pecahkan tabung?

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

Related

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Mustang, Roda4, SDAC-Ford, Sport Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev