• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan GT-R NISMO Baharu dengan Kemas Kini Gaya Lumba, dan Lebih Kuasa

Nissan GT-R NISMO Baharu dengan Kemas Kini Gaya Lumba, dan Lebih Kuasa

April 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R NISMO
versi kemas kini didedahkan di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019 dengan naik taraf kosmetik bertemakan perlumbaan dan lebih berkuasa. Naik taraf terbaharu itu mengurangkan berat kerb GT-R lebih 30kg dengan prestasi dipertingkat, termasuk respon enjin lebih baik.

Dikuasakan enjin 3.8L V6 standard yang ditala semula dengan rekabentuk pengecas turbo eksklusif dipinjam terus daripada GT-R GT3. Angka prestasi mencatatkan kuasa 592hp dan tork 652Nm dengan paduan transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan yang disalurkan ke keempat-empat roda.

BACA >>> Inilah 7 Nissan GT-R Edisi Khas yang Paling Wow!

EKSTRA KUASA, LEBIH STABIL

Bagi mencapai ekstra kuasa, Nissan melengkapkan GT-R NISMO dengan brek cakera seramik karbon, kaliper Brembo dan sistem suspensi dikemas kini. Set tayar Dunlop juga diberikan sebagai standard dengan bunga tayar lebih lebar dan kurang alur yang menurut Nissan menambah baik kestabilan ketika membelok dan respon stereng.

Rupa luaran dinaik taraf dengan set eksklusif rim aloi RAYS 20 inci, sistem ekzos titanium dan material gentian karbon untuk bampar, skirt sisi, bonet, bumbung dan lid but. Bahagian depan memuatkan ventilator  untuk menyuap lebih udara luar bagi menyejukkan ruang enjin, sama seperti GT-R GT3, termasuk menyalur keluar udara panas dam menambah baik daya mendap (downforce) kereta.

Melenkapkan lagi penampilan GT-R NISMO ialah kerusi sport kulit dengan kemasan Alcantara. Kerusi memiliki pad bahu lebar dan penyandar tipis yang direka untuk memberikan sokongan terbaik kepada pemandu ketika membelok tajam.

GT-R NISMO didedahkan di NYIAS 2019 bersama 370Z dan GT-R Edisi Aniversari ke-50

BACA >>> Nissan USA Perkenal GT-R (2019) dalam 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM418k

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R Nismo, Nissan GT-R NISMO (2019), Pameran Auto, Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev