• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda X-NV Concept, Model Konsep EV Berasaskan HR-V di Pasaran China Tahun Ini

Honda X-NV Concept, Model Konsep EV Berasaskan HR-V di Pasaran China Tahun Ini

April 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA China memperkenalkan model konsep elektrik,  X-NV Concept sempena Pameran Motor Shanghai yang dibangunkan Honda Motor China Technology dan Dongfeng Honda.

X-NV ialah crossover berasaskan HR-V, atau lebih tepat XR-V (nama HR-V untuk pasaran China). Berbanding model petrol itu, X-NV Concept menampilkan kemas kini baharu pada rupa depan dan belakang, termasuk menggunakan kemasan aksen biru.

BACA >>> Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

DUA HR-V VERSI ELEKTRIK DI CHINA?

Tahun lalu, Honda China ada memperkenalkan model konsep elektrik, Everus VE-1 yang juga dibina berasaskan HR-V, khas untuk pasaran domestik China. Kenapa ada dua model EV berasaskan HR-V?

Ini kerana Everus VE-1 ialah model usahasama GAC-Honda, berbeza dengan X-NV Concept. Persamaannya, kedua-dua model menampilkan warna badan putih dan bumbung hitam dengan cermin sisi kecil dan aksen biru di beberapa bahagian badan.

X-NV Concept memiliki port mengecas di depan, manakala rekaan gril seperti Everus VE-1. Honda tidak mendedahkan sebarang perincian tentang model konsep EV, tetapi ia sepatutnya dijana trenkuasa sama seperti Everus VE-1 yang dijana motor elektrik berkuasa 120kW (161hp) dan tork 280Nm daripada bateri 53.6kWh.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS

Khabarnya X-NV Concept akan memasuki barisan pengeluaran pada penggal kedua tahun ini, menjadi sebahagian misi Honda untuk memperkenalkan 20 kereta elektrik menjelang 2025.

 

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: China, Dongfeng Honda, Honda, Honda China, Honda Motor China Technology, Honda X-NV Concept, model konsep, Pameran Motor Shanghai 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev