• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RetroAuto: Honda NSX Mahu Setanding Ferrari 328, Tetapi Lebih Mampu Milik

#RetroAuto: Honda NSX Mahu Setanding Ferrari 328, Tetapi Lebih Mampu Milik

March 23, 2016 By Han Othman 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK Honda NSX dilahirkan dan ditamatkan pengeluaran pada 2005, ramai peminat dan pemerhati dunia automotif patah hati. Perasaannya sama seperti matinya seorang hero yang sudah sekian lama menyelamatkan dunia.

Walaupun NSX sudah berkubur, Honda sama sekali tidak pernah mengabaikan konsep dan falsafah yang dibawa model legenda tersebut. Sehinggalah beberapa tahun lalu, desas-desus mengenai kelahiran semula NSX mula tersebar luas. Namun, segalanya bagaikan menunggu buah yang tidak gugur kerana Honda kekal dengan pendirian mengunci mulut mereka.

NSX akhirnya menunjukkan wajah sebenarnya di Detroit Auto Show pada awal 2015. Cukup mengancam dan mempesonakan, tetapi spesifikasi sebenar pada pameran kereta itu masih kabur dan rahsia. Cuma perkataan buas dan berprestasi tinggi yang kerap disebut-sebut.

BACA >>> Honda NSX 2016 : 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Legenda Sport Ini

Tidak lama kemudian, ketika Kongres Persatuan Jurutera Automotif Dunia  berlangsung pada April 2015, butiran NSX mula muncul. Tahun lalu, NSX sedang panas dipandu uji wartawan automotif di luar negara.

honda-nsx-1990
Honda NSX memulakan hidupnya dengan kolaborasi antara Honda dan syarikat rekabentuk automotif Itali, Pininfarina pada 1984. Matlamat Honda ketika itu adalah menghasilkan kereta yang boleh dipercayai dengan menyasarkan tahap prestasi setanding Ferrari 328 pada harga mampu milik (NSX baharu masih lagi mengekalkan inspirasi sama). Bagi mencapai matlamat itu, Honda perlu mengimbas semula sejarah lampaunya yang panjang dan menggabungkannya dengan beberapa inovasi baharu. Hasilnya, NSX tampil dengan spesifikasi bagaikan mimpi!

  • Kereta pengeluaran pertama dengan semua casis aluminium ultra-ringan (juga ultra-rigid)
  • Suspensi wishbone di depan dan belakang
  • Kereta pengeluaran pertama memuatkan rod penyambung titanium dalam enjin
  • Garismerah 8,000rpm
  • Rekabentuk kokpit-hadapan
  • Enjin 270hp V6 VTEC semua aluminium
  • Transmisi manual 5-kelajuan

Pada 1989, Honda akhirnya mendedahkan kemunculan NSX buat pertama kali di Chicago Auto Show pada Februari di bawah nama NS-X dan di Tokyo Auto Show pada Oktober tahun sama. Reviu diterima sangat positif dan harapan umum sangat tinggi. Di AS sahaja, NSX mengambil masa dua tahun (1991) sebelum berada di pasaran negara itu di bawah label Acura NSX.

TRANSFORMASI NSX

1995 NSX-T

nsx-t-1995
Tambahan targa top boleh tanggal (gaya badan kereta semi-konvertibel dengan bumbung boleh tanggal) dengan pengecualian terhad bagi menggantikan coupe sebagai versi tunggal yang dijual di Amerika Utara sepanjang tempoh pengeluaran NSX.

1997 Naik Taraf Prestasi

nsx-1997-pandulajudotcomdotmy

Naik taraf prestasi kereta dengan memuatkan enjin 3.2L, konfigurasi semula pancarongga ekzos (exhaust manifold), transmisi manual 6-kelajuan dan pengenalan aloi aluminium yang ringan (tetapi kuat) pada bahagian fender, bonet, pintu dan but. Ujian Road and Track pada 1997 meletakkan NSX-T sebagai model NSX terpantas pernah diuji di Amerika Utara.

1999 Edisi Alex Zanardi

nsx-alex-zanardi-pandulajudotcomdotmy
Hanya 51 unit dibina bagi memperingati kemenangan Alex Zanardi untuk pasukan lumba Honda/Acura. Kereta pertama dibina khas buat Zanardi, manakala selebihnya dijual hanya untuk pasaran AS. NSX edisi khas ini memuatkan bumbung tetap, stereng rak-dan-pinan (rack-and-pinion) manual dan roda aloi aluminium ringan

2002 Facelift

nsx-2002-pandulajudotcomdotmy Beberapa modifikasi minor dilakukan untuk pasaran AS, iaitu transmisi automotik 4-kelajuan dengan opsyen anjakan jenis-manual, dan pelbagai pilihan warna diperkenalkan. Ini termasuk lampu utama baharu, perubahan sistem transmisi dan tayar belakang sedikit lebar.

Pada Julai 2005, Honda mengumumkan menghentikan pengeluaran NSX pada penghujung tahun itu.

Unit terakhir dikeluarkan untuk pasaran AS diriliskan pada Disember 2005. Dalam siaran media, Honda menyatakan alatan dan emisi standard 2006 yang terlalu ketat di Asia, Eropah dan Amerika Utara menyukarkan NSX memenuhi piawaian ditetapkan.

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura VSX, Honda NSX, NSX 2016, NSX 2016 baharu, NSX 2017, Roda4, Sport, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev