• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Mini Bike Racing, Asalnya Cuma Motosikal Hadiah Buat Anak Pelumba

MV Agusta Mini Bike Racing, Asalnya Cuma Motosikal Hadiah Buat Anak Pelumba

April 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA mencipta nama sebagai jenama motosikal terkenal berikutan pelbagai kejayaan diraih dalam kejuaraan perlumbaan Grand Prix (GP). Jenama motosikal itu, yang asalnya dikenali sebagai Meccanica Verghera Agusta, dibangunkan pada 12 Februari 1945 dekat Milan, Itali. 

Pada era 50-60-an, MV Agusta pernah menghasilkan motosikal sesaran kecil dengan gaya cafe racer (kebanyakan 125-150cc). Namun, tahukah anda pengeluar Itali itu juga pernah menghasilkan motosikal mini, atau fun bike pada pertengahan 1970-an. Lebih istimewa, model Mini Bike Racing itu cuma dikeluarkan 300 unit.

BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!

Salah satu model pernah dibuat khas untuk pelumba British, Phil Read pada 1973 sempena meraikan kemenangan beliau dalam GP500 yang ketika itu menunggang MV Agusta. Lihatlah foto lama di atas, Read kelihatan sedang menunggang fun bike berkenaan.

BACA>>>Model MV Agusta Paling Rare, F4 Tamburini yang Cuma Ada Satu di Dunia Akan Dilelong

MV Agusta Mini Bike Racing itu dikeluarkan di kilang Cascina Costa, Itali, dijana enjin karburetor 2-lejang 47.6cc, dan dipasangkan pada frem tiub keluli, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dual absorber di belakang. Rim pula didatangkan dengan saiz 8, 10 dan 12-inci berserta brek dram.

BACA >>> MV Agusta F4 RC (2018) - Superbike Akhir Tidak Patuh Emisi Euro4, Masih Sah Atas Jalan

MV Agusta Mini Bike Racing mampu dipecut hingga 40kmj, sudah cukup laju bagi jentera yang cuma seberat 30kg. Rekabentuk model mini tersebut dikatakan mengambil ilham jentera lumba Read sendiri, MV 500 yang menjadi juara Grand Prix 1973, dan asalnya dibikin khas buat anak lelaki pelumba itu.

Tetapi siapa sangka ia kemudian jadi sangat popular hingga MV Agusta memutuskan menghantar rekaan motosikal mini itu ke barisan pengeluaran dalam edisi terhad.

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: mini bike, MV Agusta, MV Agusta Mini Bike Racing 1976, pocket bike, roda2, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my