• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Fiesta ST Ford Performance Edition - Hot Hatch Edisi Terhad 600 Unit Sahaja

Fiesta ST Ford Performance Edition - Hot Hatch Edisi Terhad 600 Unit Sahaja

April 14, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Fiesta ST pernah ditawarkan di Malaysia pada 2014. Harganya? Sekitar RM150,000 sahaja dan bersaing dengan hot hatch lain di pasaran waktu itu seperti Peugeot 208 GTI (RM140,000) dan Renault Clio RS 200 EDC (RM170,000).

Tiga tahun kemudian, Ford memperkenalkan Fiesta ST generasi baharu. Di Britain, Fiesta ST mula dijual pada 2018, dan kini pengeluar Amerika itu kembali lagi dengan sesuatu lebih istimewa, iaitu Fiesta ST Ford Performance Edition.

Model edisi terhad ini cuma ditawarkan 600 unit sahaja dan eksklusif dalam gaya badan 3-pintu dan warna Deep Orange (jingga).

BACA >>> Ford Fiesta ST-Line Red dan Black Edition (2019) Perkenal Strip dan Warna Sporty

MODEL NAIK TARAF ST-3

Fiesta ST Ford Performance Edition ialah model naik taraf daripada varian ST-3 yang dilengkapkan pakej Ford Performance, seperti rim aloi 18 inci, lebih ringan 7kg berbanding rim standard, berserta set suspensi dengan damper dan spring prestasi biru.

Set suspensi itu membuatkan model ini tampil 15mm lebih rendah di depan dan 10mm di belakang. Ini bukan sembarangan suspensi kerana ia siap diuji pasukan jurutera Ford Performance di trek Nürburgring Nordschleife.

Set suspensi tersebut juga boleh laras secara manual dengan 12 tetapan lantunan (bump) dan 16 lantunan semula (rebound) mengikut cita rasa pemandu. Ada juga ciri diferensial gelincir terhad (LSD) Quaife yang direka khas, kawalan luncur (launch control) dan indikator anjakan gear.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

Rim aloi 18 inci 10 spok pula lebih ringan, kuat dan tahan lasak berbanding rim biasa. Kemasan juga berkualiti tinggi dan tahan cuaca sejuk dengan cat tiga lapisan Magnetite. Lagi ciri standard Fiesta ST Ford Performance Edition ialah lampu utama LED dan sistem audio premium B&O.

KERETA TERBAIK UK

Sejak diperkenalkan di Britain pada Mei tahun lalu, lebih 5,000 unit laris dijual. Fiesta ST turut meraih pengiktirafan industri seperti Kereta Terbaik Tahunan Majalah Top Gear dan Hot Hatch Terbaik Tahunan daripada penerbitan sama.

Mungkin ada peminat tempatan bertanya, sama ada SDAC Ford Malaysia akan mengulangi sejarah pengenalan Fiesta ST pada 2014. Jawapannya, susah hendak dijawab kerana Fiesta baharu masih belum dilancarkan di negara kita.

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.01
Generated by pixel @ 2019-04-10T19:09:45.093391
Generated by pixel @ 2019-04-10T19:26:54.287437
Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.02
Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.03
Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.05
Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.04
Ford Fiesta ST Ford Performance Edition.06

Related

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Britain, Fiesta ST Ford Performance Edition, Ford, Ford Fiesta, Ford Fiesta ST, Ford Fiesta ST Ford Performance Edition, hot-hatch, Roda4, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev