JENAMA Jeep ada pengikut tersendiri, cuma harga terlalu premium yang menyukarkan ramai pengguna memilikinya. Tidak seperti di pasaran yang lebih mesra harga, Jeep di sana dibuat 'mainan' untuk diubah suai dan dilanyak sepuas hati mengikut tujuan asal ia dibina.
Ini Jeep yang mengalami modifikasi ekstrem. M-715 Five-Quarter sebenarnya ialah model 1968 dan diubah suai Jeep dan Mopar mengikut tema Resto-Mods. Istilah 'Five-Quarter' ada makna penting yang merujuk kepada Jeep terdahulu dengan satu dan satu per empat tan atau lima suku (five quarters).
Model ini diubah suai dengan reka bentuk diperbaharui daripada casis, sistem pacuan hingga muatan barangan.
BACA >>> Jeep Renegade (2018) Facelift Tampil Segar dengan Rupa dan Enjin Baharu
UBAH SUAI SEPENUHNYA
Bahagian luaran, kepingan besi badan M-715 Five-Quarter dikeluarkan untuk digantikan dengan bahagian depan gentian karbon. Bahagian belakang pula dipasangkan lantai aluminium bersaiz enam kaki. Bumbung kanvas direndahkan sebanyak 3.5 inci untuk imej monster truck yang lebih menyerlah.
Lampu depan digantikan jenis HID dan lampu LED tambahan untuk suluhan lebih jelas dan terang. Begitu juga lampu belakang, turut menggunakan LED dan dipasangkan dalam perumah asal. Bagi melindugi badan, pemijak kaki atau rocker asal ditukar baharu dengan ukuran panjang sisi badan.
Bampar besi yang berasal daripada Jeep Gladiator Rubicon dipasangkan supaya selari dengan konsep brushed metal badan model ini. Keupayaan off-road dipertingkat dengan frem asal diperkuat, manakala sistem suspensi asal daripada spring dedaun (leaf spring) digantikan dengan koil dan pautan (link).
BACA >>> Jeep Wrangler Enjin Supra (350hp) Sedia untuk Dijual
Gandar depan dianjak dua inci dan digantikan dengan Dynatrac Pro-rock 60, manakala belakang menggunakan Dynatrac Pro-rock 80. Rim 20 inci jenis Beadloack dibalut tayar bersaiz 40 inci.
DALAMAN MENYERLAH, ENJIN BUAS
Bahagian dalaman M-715 Five-Quarter menampilkan kerusi baharu Jeep Wrangler tanpa perehat kepala yang menyerlahkan imej slik dan rendah. M-715 Five-Quarter digerakkan enjin 6,200cc supercas 'Hellcrate' HEMI V8 dengan output kuasa lebih 700hp!
Jeep rugged dan lasak ini akan ditayangkan kepada umum sempena acara Moab Easter Jeep Safari di Utah, Amerika Syarikat bermula 13 hingga 21 April ini.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Fender Jeep Wrangler (2018) Ada Liang Udara
Leave a Reply