• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tataplah Sepuasnya Mazda CX-8 di Malaysia AutoShow (2019), Khamis Ini!

Tataplah Sepuasnya Mazda CX-8 di Malaysia AutoShow (2019), Khamis Ini!

April 8, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Motor mengajak orang ramai menyaksikan lebih dekat Mazda CX-8 pada Malaysia AutoShow 2019 nanti, bermula Khamis ini. Previu eksklusif model baharu itu ialah pelengkap kepada barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda sedia ada di Malaysia.

CX-8 tampil elegan menerusi bahasa rekaan Kodo-Soul of Motion. Antara ciri menarik SUV saiz pertengahan itu ialah lampu utama dengan lampu kabus LED, sistem penghidup tanpa kunci @ keyless, rim 19-inci, enam beg udara, Bantuan Brek (BA) dan banyak lagi.

BACA >>> Mazda CX-8 Buat Penampilan Sulung di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Ini?

MALAYSIA DAPAT DUA PILIHAN ENJIN?

Mazda CX-8 2019_PanduLaju.jpg56
Mazda CX-8 2019_PanduLaju.jpg54
Mazda CX-8 2019_PanduLaju.jpg46

Walaupun belum rasmi dilancarkan, difahamkan Malaysia bakal menerima empat varian dengan dua pilihan enjin:

  • Diesel 2.2L
  • Petrol 2.5L

Enjin diesel Skyactiv-D 2.2L dipacu sistem pacuan semua roda (AWD) yberkuasa 188hp dan tork 450Nm, manakala enjin petrol Skyactiv-G memberikan kuasa 192hp dan tork 257Nm. Kedua-dua varian enjin tersebut akan dipadankan kotak gear automatik 6-kelajuan.

CX-8 versi Malaysia akan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) daripada kilang Bermaz Motor di Kulim, Kedah. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat lebih dekat SUV lima kerusi ini di reruai Bermaz Motor.

BACA >>> Mazda Siar Foto Acah Crossover Baharu Menjelang Debut di Geneva

Selain CX-8, model Mazda lain yang turut dipamerkan ialah CX-5, CX-3, CX-9 dan Mazda6. Sesi pandu uji turut dibuka kepada pengunjung yang berminat merasai pengalaman memandu model Mazda.

GALERI

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 Mazda CX-8, bermaz Motor, Harga Mazda CX-8, Malaysia Autoshow 2019, mazda, Mazda CX-8, Mazda CX-8 2019, Mazda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev