• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mr Bean Mahu Jual Mercedes 500E Versi LHD dengan Enjin 5.0L V8, 326hp!

Mr Bean Mahu Jual Mercedes 500E Versi LHD dengan Enjin 5.0L V8, 326hp!

April 8, 2019 By Han Othman Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEBRITI antarabangsa terkenal, Rowan Atkison yang terkenal dengan lakonannya sebagai Mr Bean, mahu menjual  kereta miliknya, Mercedes 500E dalan sesi lelongan pada Mei ini. Apa yang istimewa,  kereta milik aktor itu ialah salah satu daripada 29 unit 500E versi pemanduan kiri (LHD) di Britain.

Atkinson memang terkenal dengan cita rasa kereta yang bagus. Antaranya, McLaren F1 yang pernah dua kali kemalangan,  beberapa unit Aston Martin, satu Honda NSX, satu Ferrari 456 GT, beberapa BMW era pasca perang, dan banyak lagi.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Ini bukan kali pertama beliau menjual 500E kerana pernah menjual model sama pada Februari 2018, bersama satu lagi sedan, Lancia Thema 8.32 yang dikuasakan enjin Ferrari V8.

mercedes-5002-mr-bean-7
mercedes-5002-mr-bean-6
mercedes-5002-mr-bean-13

Atkinson memang memiliki banyak 500E di garajnya. Sedan Mercedes yang mahu dijual ini dibeli baharu dan dipandu selama 4 tahun sebelum dijual kepada pemilik kedua. Kemudian pada 2017, iaitu selepas 23 tahun, beliau membeli kembali kereta tersebut dan kini sekali lagi mahu menjualnya semula pada sesi lelongan Classic Car Auction pada 25 Mei nanti.

Mercedes 550E dianggap sebagai salah satu model 1990-an yang digelar 'serigala dengan baju biri-biri'. Ia dibangunkan dan dipasangkan Porsche di Zuffenhausen bagi pihak Mercedes, dengan trenkuasa dijana enjin 5.0L V8 berkuasa 326hp dan pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 seconds, manakala kelajuan maksimum 250kmj!

BACA >>> Apabila Mr Bean Tengok Formula Satu, Inilah Aksi Spontannya yang Kelakar

Ingat, ini bukan model berstatus ratu yang disimpan dalam garaj, tetapi sudah pun dipandu sejauh 310,600km dan pasti harga ditawarkan akan menarik minat mereka yang sudah lama mengidam mahu memiliki model ini.

GALERI

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: lelong, Mercedes 500E, mr.bean, Roda4, Rowan Atkinson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev