• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

#PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

April 5, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AGAK lama sebenarnya hendak tunggu giliran pandu uji Volkswagen Golf R-Line Mk7.5. Maklumlah kereta panas, ramai pula rakan media minta. Jadi memang kena tunggu juga sebelum akhirnya dapat melenjan semahunya model hot-hatch.

Jika mahu dibandingkan versi lama - Mk7, Golf R-Line Mk7.5 ini menampilkan beberapa kemasan dan perubahan bahagian hadapan dan belakang.

LUAR ADA GAYA

Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5

Luaran menampilkan bampar depan dan belakang R-Line, spoiler belakang, lencana R Line (gril radiator dan panel sisi) dan rim aloi 'Singapore' 17-inci. Bukan rim import atau dibuat di Singapura, tetapi memsang sudah namanya begitu. Terima sajalah seadanya.

Ruang kabin dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) 12.3-inci berserta paparan skrin sentuh 8 inci untuk sistem infotainment dengan ciri Composition Media System (CMS). Dimuatkan bersama ciri App-Connect dengan fungsi konektiviti MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay. Sambil pandu, bolehlah layan lagu sekali. Layan pula lagu Sambutlah Kasih, pehhhh!!!

Ciri unik lain ialah lampu utama dengan teknologi LED (dengan lampu belakang dinamik), sistem penyaman udara dual zon Climatronic, kamera undur, Sistem Akses Tanpa Kunci (KESSY), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan banyak lagi.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

ENJIN KECIL, TAPI BERBISA


Nadi menggerakkan Golf R-Line Mk7.5 diserahkan kepada enjin 1.4 TSI pengecas turbo berkuasa 147hp dan tork 250Nm @ 1,500rpm-3,500rpm dengan transmisi dual klac DSG 7-kelajuan.

Jangan pandang ringan dengan enjin kecil ini. Kata orang, kecil-kecil cili api. Sekali tekan, senang-senang saja meter dapat 200kmj! Hendak lebih seronok, pilih saja mod Sport, antara salah satu daripada empat mod disediakan hot-hatch ini selain Eco, Normal dan Individual. Kalau anda jenis hendak berjimat (baca: kedekut), atau untuk pemanduan harian, bolehlah guna mod Eco.

Bagi abang, sepanjang memandu uji Golf R-Line Mk7.5, mod Normal sebenarnya sudah memadai. Dari segi pengendalian, hatchback ini memang dengar cakap di mana saja. Ketika mengambil selekoh, memang stabil walaupun dalam halaju agak tinggi. Ini belum dikira lagi pengendalian talaan Golf R.

Respon enjin sangat mengagumkan dengan anjakan gear responsif. Senang cerita, sedap! Ya, ini bukan puji melebih, tetapi itulah hakikatnya. Dan memang diakui kebanyakan model Volkswagen sedap dipandu, kecuali Vento 1.6L (pandangan jujur ni!).

Aspek keselamatan, Golf R-Line Mk7.5 dibekalkan 7-beg udara, brek maneuver, Sistem Brek Pra-Rempuhan Automatik (APCBS), Bantuan Rehat dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif (POPS) Volkswagen dan Kunci Diferensial Elektronik Termaju / Advance Electronic Differential Lock (XDS).

Pada harga jualan RM173,790, Golf R-Line Mk7.5 didatangkan dalam enam pilihan warna: kuning, biru, putih, hitam, perak dan kelabu. Alah, sebulan RM1,768 jee...

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N vs Volkswagen Golf GTI

Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg25
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg1
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg34
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg28
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg27
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg32
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5_PanduLaju.jpg10

KALAU MAMPU MEMANG ABANG BELI

Walaupun ramai masih skeptikal dengan jenama Volkswagen. Ramai cakap kos servis mahal dan itu abang akui. Tetapi kalau sudah mampu beli Golf versi R ini, apalah hendak berkira sangat. Tambahan lagi, Volkswagen ada menawarkan servis percuma selama tiga tahun.

Kesimpulannya, abang memang puji spesifikasi dan prestasi Golf R-Line Mk7.5. Kalau ada duit lebih, memang abang nak beli. Jika mahu ulasan abang dan Albakry mengenai Volkswagen Golf GTI, dari Kuala Lumpur ke Melaka 1 jam, apa kata tonton video di bawah.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Kerusi Pelekat' Volkswagen Golf GTI

GALERI
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5

Related

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: enjin volkswagen golf R-Line MK7.5, harga volkswagen golf R-Line MK7.5, kereta volkswagen golf R-Line MK7.5, pandu uji volkswagen golf R-Line MK7.5, top speed volkswagen golf R-Line MK7.5, volkswagen golf R-Line MK7.5 review, volkswagen golf R-Line MK7.5 test drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev